Wednesday, May 11, 2016


Terpencil lagi terasing. Siberut merupakan sebuah pulau yang terbesar di kabupaten Kepulauan Mentawai. Pulau yang hampir sama besarnya dengan negeri Perak itu terletak nun 150 kilometer dari pantai Pulau Sumatera. Untuk sampai ke sana, pengujung perlu menempuhi gelora badai Lautan Hindi selama setengah hari!

Pada 8 hingga 12 April 2016 yang lalu, sekumpulan lapan orang sukarelawan dari Malaysia telah berangkat ke pulau tersebut bagi menyantuni mualaf di sana. Program Pembangunan Mualaf Kepulauan Mentawai disertai oleh Dr Aida Azmi, Aini Khairiyah Syarakal, Khairoezaman Wafa, Alif Fitri Abdul Halim dan Fauzi Sabri. Turut serta adalah dua orang mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang sedang menjalani latihan di sebuah pesantren di Maninjau iaitu Wan Nazrin Hanif Abdullah dan Amirul Asyraf Faharuddin.

Program dikelolakan oleh Global Peace Misson Malaysia (GPM) dan bergabung bersama Yayasan Muslim Peduli Mentawai (YMPM) bertujuan untuk memperkukuh pegangan akidah penduduk yang sudah muslim dan menyampaikan bantuan keperluan yang berkaitan.

Misi selama lima hari empat malam ini diketuai oleh  Ustaz Muhammad Shiddieq selaku pengerusi YMPM dan dibantu oleh 10 orang sukarelawan dari Indonesia. 

Menaiki bot menyusuri laut dan sungai selama kira setengah jam sebelum sampai di lokasi pertama iaitu Kampung Sigulukguluk. Kehadiran kami disambut mesra oleh penduduk kampung. Hasil sumbangan orang ramai, YMPM dan GPM telah berjaya membangunkan sebuah masjid di kampung ini.

Selain merasmikan Masjid Annur di kampung tersebut dan menyampaikan risalah tauhid, para sukarelawan dari dua buah negara ini juga mendirikan taman permainan kanak-kanak di halaman masjid berkenaan. Turut diadakan adalah latihan praktikal wuduk, solat dan pengajian al-Quran. Tidak ketinggalan adalah aktiviti untuk kanak-kanak seperti pertandingan mewarna, tatacara kebersihan dan sebagainya.



Kemesraan di antara sukarelawan dan penduduk tempatan terlihat melalui solat berjemaah setiap waktu, aktiviti gotong-royong dan memasak serta makan secara bersama-sama.


Selesai di kampung Sigulukguluk, kami meneruskan kembara ke Kampung Gotab. Tiop dan Maurut. Misi kami turut mengagihkan bantuan berupa kelengkapan pakaian untuk solat seperti telekung, tudung, kain pelikat dan sebagainya. Turut disampaikan adalah bantuan kewangan serta rundingan untuk pembelian sebidang tanah berhampiran Masjid Annur untuk didirikan tadika. Manakala di Maurut, diadakan perbincangan lanjut untuk membangunkan Masjid Darussalam.


Tanpa mengira sempadan kenegaraan, GPM melalui taglinenya, ‘Humanitarian Mission Across Border’ bekerjasama erat dengan YMPM bagi menjayakan misi pembangunan mualaf di kampung-kampung terpencil di sana.


Selain itu, YMPM telah mempersiapkan sebilangan pendakwah yang akan ditempatkan di kampung-kampung berkenaan menjelang Ramadan tahun ini.

Ustaz Shiddieq berharap, para pendakwah tersebut dapat mengembangkan Islam di Bumi Mentawai.​

Semoga akan ada para mushihin yang bersedia membantu penjuangan dakwah di Mentawai. Ia ingin merubah jolokan 'bumi sikerei' (Mentawai b​umi ​d​ukun​) ​di Mentawai, menjadi Mentawai Darussalam (​Mentawai b​umi ​y​ang s​elamat).​ "(Semoga) perjuangan dakwah yang berat ini dapat selalu dijalani dengan ikhlas lillaahi taala, dan Allah SWT menerima amal shaleh kita. Ujarnya.

Friday, May 6, 2016

Suami Anda Dah Lain? Dah Tak Macam Dulu-Dulu? Selalu Makan Hati Dengan Karenah Suami Anda Yang "Macam-Macam"? Mari Saya Tunjukkan Anda Cara Mem"projek"kan Suami Anda! Agar Dia Berubah! Dari Tunggul Menjadi Unggul! 

Sebagai seorang motivator yang telah berada di dalam masyarakat lebih 16 tahun lamanya, hampir setiap hari saya dihujani dengan soalan dan keluhan dari golongan isteri yang kurang berpuas hati dengan sikap serta tabiat suami mereka. 

Masalah-masalah seperti suami malas, suami tidak sedar diuntung, suami miang, suami berjawatan lebih rendah, suami melebihkan kawan-kawan berbanding keluarga sendiri, suami lemah di rajang, suami bermain kayu tiga, suami panas baran, suami tidak solat, suami suka menipu, suami tak cukup bagi nafkah dan bermacam-macam lagi masalah telah diajukan kepada saya. 

Hinggakan, jika saya membaca sesuatu pertanyaan itu di bahagian atas sahaja, saya sudah boleh mengagak apakah di penghujungnya. Cerita kebanyakan mereka adalah hampir sama, cuma apa yang berbeza hanyalah pada watak dan suasana tempat ia berlaku.


Mengapa Suami Berubah? 

Dulu-dulu masa zaman bercinta, rasa memang seronok sangat, si abang adalah orang yang sangat penyayang, romantik dan sangat mengambil berat. Tapi.. lepas beberapa bulan atau tahun berkahwin, nampaknya, si suami macam lain sangat. Sebenarnya ada banyak faktor yang boleh menyebabkan si suami itu berubah.... 

1. Orang Sekeliling 
Satu perkara yang perlu kita fahami, manusia mudah berubah apabila orang di sekelilingnya berubah. Orang sekeliling ini adalah terdiri dari kawan-kawan, jiran tetangga dan termasuk juga diri pasangan. Seringkali terjadi, si suami berubah adalah disebabkan oleh diri pasangannya yang sebenarnya juga sudah berubah. Disebabkan itu, si isteri perlu check dan semak semula, apakah yang bermain di fikiran suami dan apakah pandangan si suami terhadap dirinya dari semasa ke semasa? Kebanyakan isteri tidak sedar tentang perkara ini. 

2. Kerjaya 
Perubahan pada kerjaya juga boleh menyebabkan perubahan yang besar pada sikap seseorang. Perubahan kerjaya ini bukanlah bermaksud bertukar kerja semata-mata, tetapi, perubahan pangkat serta tugas juga boleh menyebabkan si suami berubah. Jika dulu waktu kerjanya pendek, kini waktunya mungkin lebih panjang, lebih banyak tanggungjawab yang perlu digalas menjadikan lebih banyak tekanan serta bebanan yang perlu ditanggung. Secara tidak sedar, kadang-kala, masalah yang berlaku di tempat kerja, terbawa-bawa oleh suami hingga ke rumah. 

3. Ekonomi & Sosial 
Faktor ekonomi sememangnya mampu memberikan kesan yang besar kepada sesiapa sahaja. Masakan tidak, pihak JAKIM sendiri pernah melaporkan, kadar penceraian rumahtangga di Malaysia, telah meningkat sewaktu krisis ekonomi melanda negara. 

4. Fitrah 
Kadang-kala, si suami itu sebenarnya memang tidak pernah berubah pun. Sewaktu bercinta, dia nampak romantik dan penyanyang sangat.. tapi lepas berkahwin, lain pula jadinya. Sebenarnya, sikap suami sewaktu sedang bercinta dulu, adalah bukan sikap yang sebenar. Hanya selepas berkahwin, barulah si lelaki, memaparkan sikapnya yang sebenar. Sememangnya begitulah fitrah sikap beliau. 

Masihkah Ada Harapan? 

Berita Baiknya! Manusia itu memang boleh berubah! Jika si suami boleh berubah kepada yang 'tidak baik!' (tunggul). 

Maka, itu bermakna, si suami juga boleh berubah kepada yang 'baik' (unggul). Apa yang penting, sebagai isteri! Anda perlulah bijak memberi rangsangan dan sekaligus menjadi agen pemangkin kepada perubahan tersebut. 

Mengapa Isteri Yang Perlu Buat Itu Ini... Begitu Begini? 

Ada juga sesetengah golongan isteri yang mempersoalkan.... "Yang bermasalah suami saya! Kenapa pula saya yang kena usaha dan buat macam-macam?"  

Ini adalah satu hakikat yang pihak isteri perlu terima. Apabila si suami mula bermasalah, sememangnya pihak isterilah yang perlu berbuat sesuatu. Jika pihak isteri juga hanya berdiam diri dan mengharapkan si suami berubah dengan sendirinya.... Ia mungkin tidak akan berlaku dan berkemungkinan, ia akan menjadi lebih teruk dan lebih buruk lagi. 

Masakan si suami boleh berubah jika baca buku pun dia malas, apatah lagi mahu pergi kursus, menonton rancangan kekeluargaan atau mendengar radio ceramah pun dia tidak mahu. Maklumlah, ego lelaki kan tinggi? 

Tidak mahunya dia nak buat perkara-perkara begitu.. Jadi, mahu atau tidak, memang andalah, pihak isteri.. yang perlu mengatur strategi dan berbuat sesuatu. Ianya mungkin mengambil masa untuk kesedaran bertapak di hati suami, tapi secara perlahan-lahan, akan datang kemahuan untuk berubah dalam dirinya, yang mana, seterusnya akan menjadi tabiat dan berakhir sebagai seorang suami yang unggul. 

Bagaimana Untuk Melakukannya? 

Jika anda sudah bersedia untuk mengambil cabaran dan tanggungjawab di dalam menjadi agen perubahan bagi suami anda yang tercinta! Saya sudah sediakan sebuah panduan bagaimana untuk melakukannya. Ianya adalah sebuah panduan di dalam bentuk ebook (buku elektronik), yang bertajuk..... SUAMI UNGGUL!

 Dari meja : DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj,