Terpencil lagi terasing. Siberut merupakan sebuah pulau yang terbesar di kabupaten Kepulauan Mentawai. Pulau yang hampir sama besarnya dengan negeri Perak itu terletak nun 150 kilometer dari pantai Pulau Sumatera. Untuk sampai ke sana, pengujung perlu menempuhi gelora badai Lautan Hindi selama setengah hari!
Pada 8 hingga 12 April 2016 yang lalu, sekumpulan lapan orang sukarelawan dari Malaysia telah berangkat ke pulau tersebut bagi menyantuni mualaf di sana. Program Pembangunan Mualaf Kepulauan Mentawai disertai oleh Dr Aida Azmi, Aini Khairiyah Syarakal, Khairoezaman Wafa, Alif Fitri Abdul Halim dan Fauzi Sabri. Turut serta adalah dua orang mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang sedang menjalani latihan di sebuah pesantren di Maninjau iaitu Wan Nazrin Hanif Abdullah dan Amirul Asyraf Faharuddin.
Program dikelolakan oleh Global Peace Misson Malaysia (GPM) dan bergabung bersama Yayasan Muslim Peduli Mentawai (YMPM) bertujuan untuk memperkukuh pegangan akidah penduduk yang sudah muslim dan menyampaikan bantuan keperluan yang berkaitan.
Misi selama lima hari empat malam ini diketuai oleh Ustaz Muhammad Shiddieq selaku pengerusi YMPM dan dibantu oleh 10 orang sukarelawan dari Indonesia.
Menaiki bot menyusuri laut dan sungai selama kira setengah jam sebelum sampai di lokasi pertama iaitu Kampung Sigulukguluk. Kehadiran kami disambut mesra oleh penduduk kampung. Hasil sumbangan orang ramai, YMPM dan GPM telah berjaya membangunkan sebuah masjid di kampung ini.
Selain merasmikan Masjid Annur di kampung tersebut dan menyampaikan risalah tauhid, para sukarelawan dari dua buah negara ini juga mendirikan taman permainan kanak-kanak di halaman masjid berkenaan. Turut diadakan adalah latihan praktikal wuduk, solat dan pengajian al-Quran. Tidak ketinggalan adalah aktiviti untuk kanak-kanak seperti pertandingan mewarna, tatacara kebersihan dan sebagainya.
Kemesraan di antara sukarelawan dan penduduk tempatan terlihat melalui solat berjemaah setiap waktu, aktiviti gotong-royong dan memasak serta makan secara bersama-sama.
Selesai di kampung Sigulukguluk, kami meneruskan kembara ke Kampung Gotab. Tiop dan Maurut. Misi kami turut mengagihkan bantuan berupa kelengkapan pakaian untuk solat seperti telekung, tudung, kain pelikat dan sebagainya. Turut disampaikan adalah bantuan kewangan serta rundingan untuk pembelian sebidang tanah berhampiran Masjid Annur untuk didirikan tadika. Manakala di Maurut, diadakan perbincangan lanjut untuk membangunkan Masjid Darussalam.
Tanpa mengira sempadan kenegaraan, GPM melalui taglinenya, ‘Humanitarian Mission Across Border’ bekerjasama erat dengan YMPM bagi menjayakan misi pembangunan mualaf di kampung-kampung terpencil di sana.
Tanpa mengira sempadan kenegaraan, GPM melalui taglinenya, ‘Humanitarian Mission Across Border’ bekerjasama erat dengan YMPM bagi menjayakan misi pembangunan mualaf di kampung-kampung terpencil di sana.
Selain itu, YMPM telah mempersiapkan sebilangan pendakwah yang akan ditempatkan di kampung-kampung berkenaan menjelang Ramadan tahun ini.
Ustaz Shiddieq berharap, para pendakwah tersebut dapat mengembangkan Islam di Bumi Mentawai.
Semoga akan ada para mushihin yang bersedia membantu penjuangan dakwah di Mentawai. Ia ingin merubah jolokan 'bumi sikerei' (Mentawai bumi dukun) di Mentawai, menjadi Mentawai Darussalam (Mentawai bumi yang selamat). "(Semoga) perjuangan dakwah yang berat ini dapat selalu dijalani dengan ikhlas lillaahi taala, dan Allah SWT menerima amal shaleh kita. Ujarnya.
RSS Feed
Twitter
Wednesday, May 11, 2016
Fauzi Sabri






Posted in 

0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi menjengah dan membaca #LakarHidupSendiri. Ia adalah coretan dan lakaran hidup saya. Apa pula kata anda? Anda dialu-alukan untuk memberi sebarang komentar atau ulasan di sini. Terima kasih.