Hill Park S2 Heights merupakan kawasan riadah yang menjadi tempat joging saya ketika awal-awal #MisiFitFS dilancarkan dahulu. Berbanding Sendayan Green Park, saya lebih gemar joging di sini kerana ia kawasan mendaki yang lebih panjang dan tinggi. Juga ia tidak terlalu sesak seperti S2 City Lake Park.
Berkeluasan 30 ekar dan puncak tertingginya adalah 162 meter dari aras laut. Taman rekreasi yang dibangunkan oleh IJM Land ini terletak berhampiran dengan SRJKC Tung Hua, S2 Heights. Ia dibuka pada pukul 6.30 pagi sehingga 9 malam setiap hari.
Seronok joging di sini kerana ia kawasan mendaki. Berjalan laju tanpa berlari pun sudah boleh mengeluarkan peluh yang banyak. Lebih molek apabila sesudah subuh anda ke sini. Udara yang disedut begitu segar dan nyaman dan jika bernasib baik anda akan disapa dengan kabus yang menyejukkan.
Dinasour
Daya tarikan utamanya adalah sekumpulan dinasour yang ada di puncaknya. Antara spesis yang ada ialah, Stegosaurus, Ginganotosaurus, Baryonyx dan lain-lain. Memang berbaloi ke sini bersama anak-anak anda. Mereka pasti akan teruja melihatnya.
![]() |
Danish Fikri pegang mulut Dinasour |
Selain itu, pelbagai jenis permainan untuk kanak-kanak tersedia di sini. Ada flying fox, buaian, gelongsor dan macam-macam lagi.
Jalan hutan turut disediakan bagi mereka yang ingin merasai suasana di dalam hutan. Jalan denai yang agak curam di celah-celah pohon kayu yang sangat menyamankan.
Bebas Rokok
Hill Park S2 Height ini telah digezetkan sebagai kawasan bebas asap rokok. Jadi, kepada perokok harap maaf. Huhu.
Siapa yang tinggal di sekitar Seremban dan belum pernah berkunjung ke sini, Hill Park S2 Heights ini terletak berhampiran dengan Taman Mantau Indah, SRJKC Tung Hua, Saujana Duta dan Savana. Ada flyover dan ikut papan tanda arah S2 Heights. Senang cerita sila guna Waze, Google Map atau Papago korang. Haha
![]() |
Di sini anda boleh melihat pemandangan bandar Seremban 2 |
ADA 70 LAGI GAMBAR MENARIK; KLIK SINI
BACA JUGA:
Riadah di S2 City Park, Seremban 2
Istana Besar Sri Menanti
Berkunjung Ke Istana Budaya, Kuala Lumpur
Singgah Di Bukit Malawati, Kuala Selangor
Berkunjung Ke Istana Budaya, Kuala Lumpur
Singgah Di Bukit Malawati, Kuala Selangor
hehe best port ni. ak dengar boleh tengok sunset kat sini hehehe
ReplyDeleteOwh...selepas 3 bulan umur blog ini, Uncle Zuan org pertama komen! Nak hadiah ape ni ye? hahaha
ReplyDeletehaha tak perlu la apa apa hadiah :)
Deleteterima kasih berkongsi
ReplyDelete