Friday, December 4, 2015


Apakala di kota ini
Hidupmu kian himpit
Waktumu kian sempit
Saingmu kian sengit
Kos hidup kian perit

Apalagi diharap kota ini?

Hidupmu tiada lagi sejahtera
Anak bini sudah tak tersara
Rintihmu tidak lagi dibela

Apalagi?

Wahai marhain kota
Jika asalmu desa
Pulanglah atas rela

Ayuh hayun
Sabit dan cangkul

Tebas kebun pusaka
Ternak kambing rusa
Tanam cili lada.

#PuisiFS
#3dis2015
#SolarisDutamas
#LakarHidupSendiri
www.fauzisabri.com

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi menjengah dan membaca #LakarHidupSendiri. Ia adalah coretan dan lakaran hidup saya. Apa pula kata anda? Anda dialu-alukan untuk memberi sebarang komentar atau ulasan di sini. Terima kasih.