Sultan Alauddin Belajar Tasawuf, Imam Muhaimin, Nenek Negro Di Kota Mekah, Setelah Diciptakan Adam...dan Ingin Jadi Nasrallah antara 30 tajuk cerpen yang termuat di dalam Kekasih Sam Po Bo. Ini karya ke-4 Faisal Tehrani yang telah saya baca.
Saya juga sempat menekuni Perempuan Nan Bercinta terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) sebelum ia diharamkan dan saya bersetuju ia diharamkan. Ternyata kandungannya sangat kuat berbau Syiah. Terlalu sarat dengan argumentasi antara Sunni dan Syiah yang dipolemikkan oleh watak utama seorang akademis bersama pelajarnya.
Termasuklah keajaiban bagaimana seorang wanita pejuang feminism yang pulih daripada sakit kanser setelah bertawassul di tempat yang diyakininya sebagai makam Fatimah azZahra puteri Rasulullah SAW.
Sebelum itu saya juga khatam Tuhan Manusia yang juga ada pengaruh Syiah. Fahamlah saya bahawa Perempuan Nan Bercinta itu adalah sekuel kepada Tuhan Manusia.
Tetapi Tuhan Manusia lebih ringan; berkisar liku-liku perjuangan seorang adik dalam berhadapan dengan abang kandungnya yang murtad dan kegembiraannya apabila seorang rakan baik sekampungnya berbangsa cina menemui cahaya iman.
Sedangkan Bahlut dan Bagaimana Anyss Naik Ke Langit saya kira bebas dari unsur tersebut.
Bahlut novel remaja yang mengangkat kisah seorang anak orang asli suku semai dari zero kepada hero. Sehingga menjadi atlet ternama di peringkat Asean, mempertahankan tanah kampungnya daripada terus diceroboh oleh pembalak yang rakus dan akhirnya menemui cahaya hidayah.
Manakala Bagaimana Anyss Naik Ke Langit adalah kisah perjuangan murni seorang akademis bagi membantu membela nasib malang yang menimpa suku Penan di pedalaman Sarawak.
Ternyata beliau sememangnya seorang penulis yang prolifik.
Malang sekali apabila beliau merupakan seorang pemuja dan pendokong Syiah Imamiyyah.
Tetapi itu bukanlah penghalang untuk saya terus menekuni karya beliau.
Lantaran kerana saya sudah menghadami segala isu-isu yang bersangkutan. Termasuklah pertembungan antara fahaman Syiah-Sufi-Sunni-Wahabi.
Di #blog #LakarHidupSendiri www.fauzisabri.com ada ruangan #resensiFS. Di situ nanti akan dikongsikan rumusan; pujian dan kritik terhadap buku-buku yang sudah dibaca.
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi menjengah dan membaca #LakarHidupSendiri. Ia adalah coretan dan lakaran hidup saya. Apa pula kata anda? Anda dialu-alukan untuk memberi sebarang komentar atau ulasan di sini. Terima kasih.