Bahkan ada sebuah masjid yang melapik talam dengan plastik sebelum diletakkan nasi dan lauk. Selesai makan, bungkus elok-elok plastik tersebut dan campak ke dalam tong sampah. Talam kekal bersih dan diletakkan ke tempat asalnya. Banyak senang dan menjimatkan...
Jemaah Tabligh
Bagi mereka yang pernah 'keluar' bersama jemaah tabligh, makan dalam talam bukanlah sesuatu yang asing. Jemaah ini memanglah menitikberatkan amalan-amalan sunnah harian yang sering kita abaikan. Syoknya makan dalam talam beramai-ramai dengan lauk kari kambing pekat adalah sesuatu yang sukar hendak digambarkan dengan kata-kata mahupun tulisan. Sendiri rasa barulah tahu!
Nasi Ambeng dan Nasi Arab
Manakala masyarakat jawa yang terkenal dengan nasi ambengnya sudah lama mengamalkan tradisi makan dalam dulang. Dengan variasi lauk-pauk yang diletakkan di atas dulang yang berlapikkan daun pisang itu mampu membuatkan air liur kita meleleh. Perrgghhh...
Amalan makan dalam talam juga adalah lazim dilakukan di sekolah-sekolah pondok dan pusat-pusat tahfiz. Tenteram dan sejuk mata memandang anak-anak ini makan setalam beramai-ramai sambil berjenaka santai. Selain itu, terdapat juga pusat pembelajaran pra-sekolah atau tadika yang mempraktikkan makan dalam talam.
Praktik di Rumah?
...atau jika bilangan ahli keluarga melebihi lima orang, kita boleh buat dua talam atau lebih.
Ia sekali gus mampu dijadikan solusi terbaik dalam mendepani kos sara hidup yang semakin meningkat mutahkir ini. Masaklah yang mudah-mudah sahaja di rumah seperti kari, sup, masak lemak, masak kurma dan sebagainya. Letakkan nasi dalam satu talam dan tuangkan kuah lauk tersebut, kemudian makanlah bersama-sama sekeluarga.
Isteri juga tidak merungut penat memasak lauk-pauk yang sukar dan tidak perlu lagi membasuh pinggan-mangkuk yang banyak. Ayuh...jom pakat praktik. Solusi sunnah memudahkan kehidupan insan dan solusi sunnah juga adalah jalan terbaik dalam mendepani kos sara hidup yang naik mendadak. Renung-renungkan dan selamat beramal.
*Simpan pinggan mangguk anda untuk kegunaan tetamu sahaja.
BACA JUGA:
RSS Feed
Twitter
Tuesday, January 26, 2016
Fauzi Sabri













