Bagi pendaki tegar, Gunung Angsi adalah sesuai bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan hobi #hiking atau mendaki kerana ia tidaklah begitu sukar berbanding gunung-gunung lain yang terdapat di negara ini.
Menurut laman web Wikipedia, Gunung Angsi menduduki tangga ke-78 senarai gunung-gunung tertinggi di Malaysia iaitu dengan ketinggian 825 meter dari paras laut atau 2702 kaki. Dari puncak Gunung Angsi, pendaki boleh melihat gunung-gunung berhampiran seperti Gunung Telapa Buruk, Gunung Berembun, Gunung Datuk dan Gunung Tampin.
Ada dua trek pendakian gunung ini yang boleh dipilih iaitu laluan dari Bukit Putus dan Ulu Bendul. Bagi mereka yang pernah mendaki melalui kedua-dua laluan ini, Trek Ulu Bendul dikatakan lebih #adventure. Maka, bagi #beginner, laluan Bukit Putus adalah pilihan yang lebih santai.
Ekspedisi Angsi
Pada 5 Mac 2016 yang lepas, saya bersama tujuh orang rakan telah berjaya menawan puncak gunung ini. Diketuai oleh Tok Ulong, Nizam dan pengikutnya adalah TKH, TMJ, Hafizan, Suhairi, Rozi dan MK Fazali. Pertemuan diadakan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi pada pukul 7.30 pagi (#brekkie chapati cicah sardin dan kari kambing dulu) sebelum kongsi kereta dan tiba di kaki Gunung Angsi pada pukul 8 pagi. Kami menggunakan trek Bukit Putus. Ini merupakan puncak gunung kedua yang telah saya tawan selepas Gunung Lambak di Kluang pada tahun 2015.
Bayaran RM5 dikenakan kepada setiap pendaki. Sebelum mendaki, kami membuat sedikit regangan dan membaca doa selamat. Pendakian bermula pada pukul 8.15 pagi dan mengambil masa dua jam setengah untuk sampai di puncak.
Walaupun Gunung Angsi ini lebih tinggi berbanding Gunung Lambak (510 meter), tetapi apa yang saya rasa, pendakian Gunung Lambak lebih mencabar kerana treknya sangat curam dan berliku.
Sampai sahaja di puncak, punyalah ramai orang. Ada beberapa kumpulan lain sudah sampai. Kemudian segerombolan grup pelajar sekolah Alam Shah Putrajaya tiba. Pelbagai bangsa dan peringkat usia dapat dilihat. Ada kanak-kanak seawal usia enam tahun dan pakcik yang berusia emas lewat 70-an pun berjaya sampai di puncak.
Setelah berehat lebih kurang setengah jam di atas, kami pun mula menuruni gunung pada pukul 11.30 pagi dan sampai di kaki gunung pada pukul 1.18 petang. Sebelum balik, singgah makan tengah hari di Ulu Bendul.

![]() |
Wefie bersama pelajar Sekolah Alam Shah |
ADA 50 LAGI GAMBAR KLIK SINI
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi menjengah dan membaca #LakarHidupSendiri. Ia adalah coretan dan lakaran hidup saya. Apa pula kata anda? Anda dialu-alukan untuk memberi sebarang komentar atau ulasan di sini. Terima kasih.