Sesuatu yang gempak dan mengejutkan apabila Majalah Time menyenaraikan nasi lemak dari Malaysia sebagai antara 10 sarapan yang sihat di peringkat antarabangsa. Tentu sekali ia khabar gembira buat penggemar nasi lemak.
Dalam artikel bertajuk "10 Healthy International Breakfast" nasi lemak di kedudukan nombor sembilan selepas Kasha dari Rusia.
"Breakfast is perhaps the best excuse to dive into supremely delicious Nasi Lemak. Soaked and cooked in coconut milk, rice is garnished with anchovies, cucumbers, roasted peanuts, hard boiled egg and spicy sambal sauce. It’s traditionally wrapped in a banana leaf, but that’s just a renewable place setting. Yes, there’s a bit more fat than is good for you (eat less rice to reduce), but it’s balanced with lots of manganese, protein, and carbs. The chili in the sambal also boosts the metabolism (depending which nutritionist you talk to)."
Stigma nasi lemak makanan tidak sihat sering kedengaran. Mana tidaknya, nasi lemak kosong (sambal, bilis goreng, telur rebus separuh, kacang tanah goreng dan timun) sahaja mempunyai sekurang-kurangnya 650 kcl. Sedangkan pengambilan kalori yang disarankan adalah sekitar 1500 kcl hingga 2000 kcl sehari bergantung kepada penggunaan tenaga masing-masing.
Lantaran itu, dengan bersarapan nasi lemak sahaja, kita telah mengambil separuh daripada keperluan kalori harian. Belum lagi ditambah dengan teh tarik, makan tengahari (nasi campur) dan makan malam? Kebiasaannya, ramai antara kita terlajak. Implikasinya, berat badan berlebihan dan obesiti. Katakan tidak kepada obesiti!
Maka, ramai yang musykil dengan pendedahan majalah antarabangsa itu. Saya juga tidak setuju. Lebih-lebih lagi bagi kita yang bekerja di pejabat yang tidak memerlukan kudrat yang banyak. Pengambilan nasi lemak sebagai sarapan dengan kerap pastinya menimbulkan masalah kepada kesihatan.
Saya pernah menonton sebuah rancangan bual bicara televisyen bersama tokoh akademik tersohor negara Prof Diraja Ungku Aziz. Apabila hos rancangan berkenaan bertanya apakah petua Pak Ungku kekal sihat pada usia emas? Lantas beliau menjawab, "Saya tidak makan nasi lemak dan tidak minum teh tarik. Lebih gemar bawa bekal ke pejabat."
Rentetan itu, saya fikir makan nasi lemak secara kerap boleh mengancam kesihatan. Maka, saya membataskan diri dengan mengambilnya cuma seminggu sekali. Saya pernah menghadapi masalah obesiti dan saya tahu apakah punca-puncanya serta cara mengatasinya. Pada saya, nasi lemak dan teh tarik adalah penyumbang terbesar kepada masalah tersebut.
Baru pagi tadi sarapan nasi lomak daun pisang tajaan Tuan Jimmy. Terima kasih. Nampaknya kena tunggu minggu depan baru boleh jamah semula. Hihi. Koleksi #MisiFitFS Turning Point Untuk Kurus | Kekal Kurus Sepanjang Masa
Bagaimana pula pandangan anda? Adakah bersetuju bahawa nasi lemak merupakan sarapan yang sihat? atau sebaliknya?
Baru pagi tadi sarapan nasi lomak daun pisang tajaan Tuan Jimmy. Terima kasih. Nampaknya kena tunggu minggu depan baru boleh jamah semula. Hihi. Koleksi #MisiFitFS Turning Point Untuk Kurus | Kekal Kurus Sepanjang Masa
Bagaimana pula pandangan anda? Adakah bersetuju bahawa nasi lemak merupakan sarapan yang sihat? atau sebaliknya?
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi menjengah dan membaca #LakarHidupSendiri. Ia adalah coretan dan lakaran hidup saya. Apa pula kata anda? Anda dialu-alukan untuk memberi sebarang komentar atau ulasan di sini. Terima kasih.