Berkomunikasi menggunakan aplikasi WhatsApp di smartphone memang mengasyikkan. Tetapi jika anda berada di hadapan komputer, berinteraksi menggunakan aplikasi tersebut melalui skrin komputer tentu lebih selesa. Bukan sahaja paparan lebih luas, malah anda boleh attach gambar-gambar yang terdapat di dalam fail komputer. Walau bagaimanapun, kedua-dua peranti tersebut, iaitu komputer dan smartphone mestilah mempunyai sambungan internet.
Berikut caranya:
![]() |
1) Di komputer anda, layari https://web.whatsapp.com/ |
![]() |
2) Di smartphone anda, di aplikasi WhatsApp sentuh titik tiga dan sentuh WhatsApp Web |
![]() |
3) Scan QR Code yang terpapar di komputer anda |
![]() |
4) Selesai |
Notakaki:
1) Walaupun WhatsApp melalui skrin komputer, tetapi ia masih menggunakan data internet atau connection wifi telefon anda.
2) Anda boleh hantar dan simpan document atau gambar yang terdapat di dalam komputer.
3) Setiap text dan gambar yang dihantar atau diterima akan muncul di komputer dan smartphone anda.
4) Gunakan pelayar Google Chrome, Firefox atau Opera untuk paparan terbaik.
5) Mustahak! pastikan anda logout WhatsApp di komputer sebelum beredar.
5) Mustahak! pastikan anda logout WhatsApp di komputer sebelum beredar.
BACA JUGA:
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi menjengah dan membaca #LakarHidupSendiri. Ia adalah coretan dan lakaran hidup saya. Apa pula kata anda? Anda dialu-alukan untuk memberi sebarang komentar atau ulasan di sini. Terima kasih.