Kepulauan Mentawai merupakan sebuah kabupaten (daerah) di propinsi (wilayah/negeri) Sumatera Barat, Indonesia. Jaraknya adalah 150 kilometer dari pantai Pulau Sumatera. Daerah seluas 601 kilometer persegi ini didiami oleh kira-kira 64,235 penduduk yang sebahagian besarnya adalah masyarakat asli.
Kepulauan Mentawai terdiri dari gugusan 213 pulau dengan empat pulau utamanya adalah Siberut, Sipora, Pagai Utara dan Pagai Selatan. Daerah ini pula terbahagi kepada empat kecamatan (mukim) dan 40 desa (kampung). Ibu daerahnya adalah Tuapeijat yang terletak di utara Pulau Sipora.
Terletak di Lautan Hindi, kepulauan ini terkenal diperingkat global sebagai lokasi ke-22 terbaik bagi sukan luncur air selepas Jeffry's Bay di Afrika Selatan. Pada bulan April hingga Ogos, pulau ini akan menjadi meriah dikunjungi oleh penggemar sukan berkenaan. Pada musim tersebut, ombak Lautan Hindi di beberapa lokasi pantainya boleh mencapai ketinggian sehingga enam meter.
Menyertai #MisiMentawaiGPM
Pada 8 hingga 12 April 2016 yang lalu, saya berpeluang menyertai Program Pembangunan Mualaf Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, Indonesia yang dianjurkan oleh Yayasan Muslim Peduli Mentawai (YMPM) dengan kerjasama Global Peace Mission Malaysia (GPM).
Tumpuan adalah di beberapa buah kampung terpencil di Pulau Siberut. Kerjasama antara YMPM dan GPM telah berjaya mendirikan sebuah masjid di kampung Sigulukguluk.
Seramai lapan orang sukarelawan dari Malaysia yang terlibat iaitu Dr Aida Azmi, Aini Khairiyah Sharakal, Nuraini Shahruddin, Kheirouzaman Wafa, Mehmet Eliff dan saya Fauzi Sabri. Turut serta adalah Wan Nazrin dan Amirul Asyraf iaitu mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang sedang menjalani latihan praktikal di sebuah pesantren di Maninjau.
Diketuai Ustaz Muhammad Shiddeq dan dibantu oleh lebih dari 10 orang ahli YMPM, misi ini berjalan dengan begitu teratur dan lancar. Walaupun begitu, ada beberapa perkara yang tidak diduga berlaku....(Apa dia? tunggu!!) Sebelum menyertai misi ini, kami sudah diberikan taklimat supaya bersedia dari segi mental dan fizikal.
Ada banyak perkara yang mahu saya kongsikan. Ini merupakan posting pengenalan sahaja dan insyaAllah akan disusuli dengan beberapa entri yang lain seperti:
Menjejakkan Kaki Ke Ranah Minang
13 Jam Di Dalam Perut Gombolo
Suka Duka 5 Siang 4 Malam
Linangan Air Mata Dr Aida
Terpencil Lagi Terasing
Dakwah Belantara vs Dakwah Kota
Hentaman Ombak Lautan Hindi
Pesona Aura Ustaz Shiddieq
Marhalim vs Zaki Purnama
Usai #MisiMentawaiGPM, saya meneruskan musafir di Ranah Minang. Bertamu di rumah Ustaz Shiddieq dan Ust Marhalim. Meneruskan #KembaraFS melawat dua buah pesantren di Padang Panjang dan Maninjau. Menikmati panorama terindah ciptaan Tuhan di Danau Maninjau, Padang Mangateh dan berlibur di air terjun Hutan Lipur Harau. Beberapa tajuk posting berikut akan menyusul.
Mobil Traveler Menuju Ke Payakumbuh
Pesantren Diapit Merapi Dan Singgalang
Meninjau Maninjau Yang Subur
Muzeum Rumah Kelahiran Buya Hamka
Pondok Pesantren Prof. Dr. HAMKA
New Zealand West Sumatra
Lamak Banar, Tasanda
Kemudian saya juga akan menyentuh sedikit berkenaan isu-isu perbezaan amalan fekah antara kita dengan mereka dalam tajuk;
Mufarakah Solat Tanpa Basmallah
Dakwah Selfie?
Monogami-Poligami: Keduanya Adalah Sunnah
Diakhiri dengan:
Selamat Tinggal Ranah Minang
Huhu....semoga diberi kekuatan untuk menulis. Wassalam.
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi menjengah dan membaca #LakarHidupSendiri. Ia adalah coretan dan lakaran hidup saya. Apa pula kata anda? Anda dialu-alukan untuk memberi sebarang komentar atau ulasan di sini. Terima kasih.