Semalam kami (team ICT) downgrade dua buah komputer daripada OS Windows 10 kepada windows asal. Malangnya selepas berjaya downgrade, kedua-duanya tak boleh akses sistem dan semua laman web. Connection okay, ping pun reply, tapi bila browse "cannot be displayed."
Cuba ubah setting tick or untick SSL/TLS, tak boleh juga. Kami google dan jumpa cara reset TCP/IP secara manual. Kami cuba dan berjaya. Selamat....kalau tak, nak kena format balik.
Cara reset TCP/IP secara manual menggunakan Command Prompt:
Nota: Login sebagai Administrator
Nota: Login sebagai Administrator
Bagi Windows 8 and Windows 8.1
- Pada paparan Start, taip CMD. di ruangan keputusan carian, klik-kanan Command Prompt, kemudian klik Run as administrator.
- Di command prompt, salin dan tampal commad di bawah ini , dan tekan Enter:
netsh int ip reset c:\resetlog.txt
- Restart komputer anda.
Bagi Windows 7 dan Windows Vista
- Bagi membuka command prompt, klik Start dan kemudian taip cmd pada kotak Search programs and files.
- Di bawah Programs, klik-kanan ikon CMD.exe, dan kemudian klik Run as administrator.
- Apabila kotak User Account Control kelihatan, klik Yes.
- Di command prompt, salin dan tampal commad di bawah ini, dan tekan Enter:
netsh int ip reset c:\resetlog.txt
- Restart komputer anda.
atau jika masih tak boleh, cuba taip comand-comand berikut dan enter:
ipconfig /flushdns
nbtstat -R
nbtstat -RR
netsh int ip reset c:\resetlog.txt
netsh winsock reset
exit
dan restart komputer anda. Semoga berjaya.
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi menjengah dan membaca #LakarHidupSendiri. Ia adalah coretan dan lakaran hidup saya. Apa pula kata anda? Anda dialu-alukan untuk memberi sebarang komentar atau ulasan di sini. Terima kasih.