Wednesday, April 27, 2016


Sejak tahun 2013 lagi, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) telah mencatatkan lebih 2 juta pengunjung saban tahun dan diadakan di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur. Bagaimanapun buat pertama kalinya PBAKL pada tahun ini akan diadakan di MAEPS, Serdang.

Info 2 : PBAKL 2016 diadakan selama 11 hari bermula 29 April hingga 9 Mei 2016.

Info 3 : PBAKL 2016 kini berwajah baru dengan berkonsepkan destinasi percutian keluarga! Terdapat pelbagai tarikan di MAEPS seperti SPA Kasih Anana (berasaskan herba & nanas), Lookout Tower (Pemandangan seluruh kawasan MAEPS), Laman Sayur (Sayuran yang segar & hijau), Laman Herba (Terdapat 150 herba & rempah), Laman Padi, ‘Bench’ yang banyak di Street Mall, Kota Buku (terdapat tempat baca & rehat) 

Info 4 : PBAKL 2016 akan lebih meriah dengan adanya ‘Food Truck’! 

Info 5 : Masalah parking? Tiada masalah! Terdapat lebih kurang 7000 tempat letak kereta di MAEP Serdang. 

Info 6 : 2 Zon letak kereta di MAEPS; Zon 1 – Berhampiran/Sekitar Dewan A, C & D. Kadar minimum RM5 per entry, Zon 2 – Zon parking pelawat. Percuma. (Tram disediakan) 

Info 7 : Perkhidmatan bas ulang alik disediakan – di komuter Serdang, LRT Bukit Jalil & Putrajaya Sentral. 

Info 8 : Terdapat Drop Off/Pick Up point di belakang Dewan D untuk teksi, rapid KL, Nadi Putra & Tram (pengangkutan awam) 

Info 9 : Tiga dewan utama PBAKL 2016 di MAEPS adalah Dewan A (A1,A2 & A3) , C dan D2. 

Info 10 : Isnin – Khamis (10 pagi hingga 7 malam) | Jumaat – Ahad & Cuti Umum (10 pagi hingga 9 malam) & MASUK ADALAH PERCUMA!

Pesta Buku Online #CyberBookFair

Anda tinggal di luar Lembah Klang? Sukar dan tiada masa untuk ke PBAKL2016? Atau tidak suka bersesak-sesak? Jangan risau! Jom shopping buku kegemaran anda pada harga diskaun seperti di PBAKL2016 di #CyberBookFair 29 April-9 Mei 2016.






2 comments:

Terima kasih kerana sudi menjengah dan membaca #LakarHidupSendiri. Ia adalah coretan dan lakaran hidup saya. Apa pula kata anda? Anda dialu-alukan untuk memberi sebarang komentar atau ulasan di sini. Terima kasih.