Thursday, December 31, 2015

Sebelum berkhidmat di sektor awam, saya pernah bekerja di beberapa buah pasaraya besar di ibu kota. Sejak itu lagi, saya sudah melihat penjawat awam buat #2kerja. Ramai juruwang dan pembantu stor sambilan yang bertugas bermula pukul 6 petang terdiri daripada penjawat awam kumpulan sokongan. Abang-abang askar yang sado biasanya jadi pembantu stor. Manakala kakak-kakak kerani atau peon jadi juruwang....

Wednesday, December 30, 2015

Saya sudah memiliki novel terbitan Pustaka Dini ini dua tahun yang lepas. Tetapi saya gagal membacanya dengan bersungguh-sungguh. Saya cuma menyelak dan teruja untuk membaca bait-bait ayat yang tertulis dalam surat-surat mereka sahaja. Lagam ayatnya begitu indah, puitis dan romantis sekali. Sehinggalah apabila saya tertonton (bermakna tak senghaja) filemnya dalam bas ketika perjalanan ke dua...
Di sini adalah kawasan hilir sungai. Bermaksud di sini adalah penghujung Sungai Perak sebelum ia bertemu dengan laut Selat Melaka. Apabila disebut muara, maka janganlah dibayangkan bahawa sungainya seperti di hulu yang jernih dan kecil. Hilir, kuala atau muara menggambarkan keadaan air sungai yang keruh seperti teh tarik dan segala sisa sampah yang mengalir dari hulu akan timbul di sini. Suatu...

Tuesday, December 29, 2015

"Sekongkong Tanah Minangkabau, Selilit Pulau Perca, Di lengkong ular Saktimuna, Perpisahan Beta di selat Melaka, Jika Sah Beta Raja berdaulat, Lepaslah sekalian malapetaka" Sewaktu bahtera baginda menghampiri muara Sungai Perak dan sampai ke kawasan Beting Beras Basah, bahtera baginda dipukul ombak besar dan terdampar secara tiba-tiba di atas beting di tengah lautan tersebut. Sultan Muzaffar...

Monday, December 28, 2015

Beberapa tahun yang lalu, ketika menemani seseorang ke hospital, saya ternampak bunting yang memaparkan gejala kanser usus. Lantas saya menjadi cemas kerana semua yang dinyatakan di situ ada pada diri saya. Sejak pertengahan 2012 lagi, saya sudah mengalami gejala buang air besar yang kerap dan tak tentu masa. Saya akan menghabiskan masa yang lama di tandas. Terpaksa membawa bersama tisu bagi mencuci...

Saturday, December 26, 2015

Hill Park S2 Heights merupakan kawasan riadah yang menjadi tempat joging saya ketika awal-awal #MisiFitFS dilancarkan dahulu. Berbanding Sendayan Green Park, saya lebih gemar joging di sini kerana ia kawasan mendaki yang lebih panjang dan tinggi. Juga ia tidak terlalu sesak seperti S2 City Lake Park. Berkeluasan 30 ekar dan puncak tertingginya adalah 162 meter dari aras laut. Taman rekreasi...
Bukit Malawati Kuala Selangor adalah merupakan pusat pentadbiran dan juga kubu kuat Kesultanan Melayu Selangor di akhir abad ke 18 dan awal abad ke 19. Sultan Ibrahim (1782-1826) telah mendirikan sebuah kota di Bukit Malawati bagi mempertahankan Kuala Selangor dari serangan Belanda. Kota tersebut bagaimanapun telah jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1784 dan dinamakan "Kota Altingsburg" bersempena...

Thursday, December 24, 2015

Mengapa kita perlu mengejarnya? Sedangkan ia tiada. Tahukah anda apa itu fatamorgana?  Saya haus setelah 10 kilometer berbasikal dan sinar mentari sudah terik. Tiba-tiba saya ternampak nun jauh di hadapan jalan raya bertar itu ada takungan air yang menyamankan. Lantas saya memecut. Tetapi apabila tiba di situ ia tiada dan nampaknya semakin menjauh. Apabila ditenung kembali, ia ada nun jauh...

Wednesday, December 23, 2015

Salah seorang peserta Kursus CCNA Routing and Switching di IMATEC, INTAN, Bukit Kiara tempoh hari adalah kakitangan Istana Budaya. Saya cuba bertanya kepada Syahir sekiranya kami dapat melawat ke sana bagi melihat dengan mata sendiri ruang dalaman, sistem audio dan visual serta cara pengoperasian dewan teater yang dikatakan bertaraf dunia itu. Syahir tiada halangan dan menetapkan jadual pada malam...

Monday, December 21, 2015

Pada 30 November hingga 4 Disember 2015 yang lalu, saya telah berpeluang mengikuti Kursus CCNA Routing and Switching: Introduction to Networks Siri 3/2015 yang dianjurkan oleh Sub-kluster Pembangunan Kepakaran Teknologis ICT, Kluster Inovasi Teknologi Pengurusan (i-IMATEC) di IMATEC, INTAN Bukit Kiara. Objektifnya adalah untuk memberi kefahaman dan pengetahuan asas rangkaian komputer; memberi...

Sunday, December 20, 2015

Hajat di hati nak berkayuhan, Alas perut dengan roti canai; Apakan daya ada halangan, Hujan turun renyai-renyai. Ilham muncul tak segan-segan, Berpantun pengganti berbasikal; Lantas kekunci ditekan-tekan, Di Rungkup rangkap merungkai. Diupah bekerja sebagai penasihat, Tingkahnya hanya pak turut sahaja; Tiadalah bermaruah gaji yang sarat, Sedang kebenaran disorok senghaja. Nakhoda sudah...