Monday, October 26, 2015


Ombak dan pantai bersanggitan
Pantai setia tidak pernah keluh
Mengikut musim gelora lautan
Sentuh manja sebelum tengkujuh


Gelora laut mula mengganas
Kencang monsun timur laut
Ombak memukul tanpa belas
Pantai teguh setia tidak cabut

Bila tengkujuh berlalu pergi
Laut tenang tanpa badai
Amarah ombak kian reda
Pantai tersenyum bahagia

Berkat sabar dan setia si pantai
Disapa ombak mengikut musim
Pasirnya halus bersih memutih
Horizon di teluk dan tanjung.

‪#‎puisiFS‬
‪#‎CeriteraFS‬
‪#‎PulauPerhentian‬
‪#‎Subuh111015‬

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi menjengah dan membaca #LakarHidupSendiri. Ia adalah coretan dan lakaran hidup saya. Apa pula kata anda? Anda dialu-alukan untuk memberi sebarang komentar atau ulasan di sini. Terima kasih.