MISI MENTAWAI
Pada 8 hingga 12 April 2016 yang lalu, saya berpeluang menyertai Program Pembangunan Mualaf Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, Indonesia yang dianjurkan oleh Yayasan Muslim Peduli Mentawai (YMPM) dengan kerjasama Global Peace Mission Malaysia (GPM).

MENINJAU MANINJAU YANG MENGHIJAU
Jalannya berkelok-kelok melingkari pinggiran bukit-bukau. Sawah padi nan subur menghijau. Di tengahnya terbentang luas tasik maninjau yang sangat indah.

PADANG MENGATEH
“Saujana mata memandang. Padang ragut yang luas terbentang berlatarkan gunung-ganang. Padang Mengateh kini menjadi salah satu destinasi pelancongan tumpuan di Kabupaten 50 Kota, Sumatera Barat Indonesia.Mendapat jolokan New Zealand di Ranah Minang.”

MENAWAN PUNCAK GUNUNG ANGSI
Pada 5 Mac 2016 yang lepas, saya bersama tujuh orang rakan telah berjaya menawan puncak gunung ini. Diketuai oleh Tok Ulong, Nizam dan pengikutnya adalah TKH, TMJ, Hafizan, Suhairi, Rozi dan MK Fazali. Tiba di kaki Gunung Angsi pada pukul 8 pagi. Kami menggunakan trek Bukit Putus. Ini merupakan puncak gunung kedua yang telah saya tawan selepas Gunung Lambak di Kluang pada tahun 2015.

MENDAKI BROGA SAMBIL MENGUTIP SAMPAH
Buat pertama kalinya berpeluang mendaki bukit yang terkenal dan menjadi tumpuan ramai. Bukit setinggi 400 meter ini terletak di Semenyih, Selangor memang sudah terkenal di kalangan para pendaki dan kaki fotografer. Sesudah subuh dan ketika hari masih gelap, ratusan orang sudah mula mendakinya. Bayu pagi yang nyaman sungguh menenangkan.

Thursday, January 28, 2016


Tuesday, January 26, 2016


Dahsyat pada tajuknya dan kulitnya juga mampu membuatkan ramai wanita cair ni. Novel ini juga bakal diadaptasi kepada drama bersiri di slot Akasia TV3 tak lama lagi katanya...beli jangan tak beli.


Bahkan ada sebuah masjid yang melapik talam dengan plastik sebelum diletakkan nasi dan lauk. Selesai makan, bungkus elok-elok plastik tersebut dan campak ke dalam tong sampah. Talam kekal bersih dan diletakkan ke tempat asalnya. Banyak senang dan menjimatkan...
Jemaah Tabligh
Bagi mereka yang pernah 'keluar' bersama jemaah tabligh, makan dalam talam bukanlah sesuatu yang asing. Jemaah ini memanglah menitikberatkan amalan-amalan sunnah harian yang sering kita abaikan. Syoknya makan dalam talam beramai-ramai dengan lauk kari kambing pekat adalah sesuatu yang sukar hendak digambarkan dengan kata-kata mahupun tulisan. Sendiri rasa barulah tahu!
Nasi Ambeng dan Nasi Arab
Manakala masyarakat jawa yang terkenal dengan nasi ambengnya sudah lama mengamalkan tradisi makan dalam dulang. Dengan variasi lauk-pauk yang diletakkan di atas dulang yang berlapikkan daun pisang itu mampu membuatkan air liur kita meleleh. Perrgghhh...
Amalan makan dalam talam juga adalah lazim dilakukan di sekolah-sekolah pondok dan pusat-pusat tahfiz. Tenteram dan sejuk mata memandang anak-anak ini makan setalam beramai-ramai sambil berjenaka santai. Selain itu, terdapat juga pusat pembelajaran pra-sekolah atau tadika yang mempraktikkan makan dalam talam.
Praktik di Rumah?
...atau jika bilangan ahli keluarga melebihi lima orang, kita boleh buat dua talam atau lebih.
Ia sekali gus mampu dijadikan solusi terbaik dalam mendepani kos sara hidup yang semakin meningkat mutahkir ini. Masaklah yang mudah-mudah sahaja di rumah seperti kari, sup, masak lemak, masak kurma dan sebagainya. Letakkan nasi dalam satu talam dan tuangkan kuah lauk tersebut, kemudian makanlah bersama-sama sekeluarga.
Isteri juga tidak merungut penat memasak lauk-pauk yang sukar dan tidak perlu lagi membasuh pinggan-mangkuk yang banyak. Ayuh...jom pakat praktik. Solusi sunnah memudahkan kehidupan insan dan solusi sunnah juga adalah jalan terbaik dalam mendepani kos sara hidup yang naik mendadak. Renung-renungkan dan selamat beramal.
*Simpan pinggan mangguk anda untuk kegunaan tetamu sahaja.
BACA JUGA:
Thursday, January 21, 2016


Lambakan Maklumat di Media Sosial
Di dalam artikel Facebook: Apabila Semua Warna Bercampur, saudara Azman Hussin membayangkan bahawa media sosial itu menghasilkan warna kesudahan yang hitam. "Apa yang pasti, Facebook telah melahirkan ramai orang kecil yang tidak diketahui entah dari mana, dan sibuk mencampuri urusan orang ramai, yang mereka sendiri jahil mengenainya. Orang-orang muda seawal 20-an, yang jika tidak diketahui umurnya, akan disangka sekelompok ulama yang sedang bermuzakarah." Getusnya.
Ada beberapa artikel lain juga yang menyentuh mengenai perihal maklumat di media sosial ini. Antaranya Anarkis Papan Kekunci dan Analogi Perihal Maklumat.
Selain itu beliau turut membincangkan mengenai demokrasi di dalam tulisan bertajuk; Demokrasi, Politik Islam, Sistem Demokrasi Adalah Bom Jangka, Parti Politik: Suatu Agama Baru? dan Bagaimana Minoriti Menundukkan Majoriti.
Manakala saya lebih teruja apabila membaca Colgate vs Kayu Sugi. Beliau berpendapat, bagi mengekang hegemoni kapitalis kuffar, kita perlu kembali kepada hidup secara tradisi. Ini kerana segala prasarana dan teknologi yang tercipta hari ini adalah inovasi daripada mereka. Kita hanyalah pembeli dan pengguna. Justeru itu, kitalah yang sebenarnya secara berterusan memberikan kekayaan kepada mereka.
Lantas beliau memberi solusi; "Untuk melawan eksploitasi dan teknologi orang kuffar, jalannya adalah kembali kepada tradisional. Apabila kita meninggalkan teknologi dan kembali kepada tradisional, sistem mereka tidak akan bergerak dan akan runtuh mendadak. Sistem ekonomi mereka yang menciptakan segala peralatan perang yang canggih akan runtuh. Misalnya untuk menjatuhkan teknologi colgate, adalah dengan meggunakan kaedah tradisional, iaitu kayu sugi."
Saya bersetuju dengan pandangan beliau ini. Tetapi ia tidak realistik. Bagaimana kita hendak mengajak atau menyeru sekalian umat Islam supaya meninggalkan semua teknologi ini dan kembali hidup secara tradisional atau primitif? Saya pesimis dalam bab ini. Walaupun solusinya itu benar, tetapi saya fikir ia adalah sesuatu yang mustahil untuk dijayakan. Sedangkan hendak boikot restoran makanan segera yang terkait dengan zionis itu pun bermusim semangatnya, inikan pula mahu meninggalkan keseluruhan teknologi yang sudah sebati dengan kehidupan harian kita.
Ambil sahaja contoh, teknologi internet dan media sosial hari ini. Saudara Azman Hussin sendiri tidak terdaya untuk meminggirkannya. Walaupun beliau mengkritik Facebook, tetapi beliau juga adalah salah seorang pengguna yang setia. Melalui platform tersebut, beliau aktif mengetengahkan sisi pandang dan ideanya yang dilihat asing tetapi bernas. Mendapat sambutan yang hangat di kalangan netizen lantas mengambil peluang berdiskusi serta berinteraksi dengan beliau di ruang komentar statusnya.
Dilema Melayu?
Pandangan Menongkah Arus
Awal-awal lagi beliau mengakui; "Pandangan-pandangan saya dalam buku ini mungkin berbeza dengan pandangan umum generasi baharu hari ini. Saya mungkin dianggap bodoh, pasif, pengikut buta atau jumud. Saya sedar saya akan tersisih dari aurs semasa kerana pandangan-pandangan saya dalam buku ini. Contohnya dalam persoalan-persoalan politik, saya mungkin tidak disukai generasi baru hari ini." Tulisnya di halaman Pendahuluan.
Setelah berulang kali menekuni himpunan artikel saudara Azman Hussin yang ditulis sekitar tahun 2011 hingga 2014 ini, ternyata ia mampu memberikan sudut pandang yang berbeza. Bagi anak muda yang gelojoh, terburu-buru dan berlagak 'serba tahu', buku ini saya kira wajar ditekuni. Kita boleh sahaja untuk tidak bersetuju dengan beberapa pandangan penulis yang kadangkala dilihat tidak realistik, tetapi ia membantu kita supaya berfikir secara lebih teliti sebelum berbicara.
Menurut saudara Wan Ahmad Fayshal di helaian Prakata buku ini; "Memahami penulisan yang berbentuk kritikan sosial adalah salah satu cara untuk mengamati al-Kayd yang wujud dalam batang tubuh ummah dan penulis karya ini - saudara Azman Hussin telah memuatkan pelbagai buah fikiran yang wajar ditilik kemas oleh umat khususnya anak muda, untuk memahami kenapa dan bagaimana wajar kita bertindak secara waras dan penuh waspada."
Bacalah...
Walaupun saya mungkin tidak bersetuju dengan sesetengah pandangan penulis dalam soal hak asasi manusia, kebebasan bersuara dan kaitannya dengan agenda Yahudi, tetapi pada masa akan datang... barangkali saya mungkin mengakui akan kebenarannya pula? Saya tidak pasti. Berpegang teguh dengan prinsip "...membaca jangan terhad kepada bacaan yang pro dengan pandangan semasa kita sahaja. Sebaliknya mesti berani mencabar minda dengan membaca buku yang kontra dengan kita..." di ruangan #LakarHidupSendiri, maka saya teruja menekuni buku ini sehingga nokhtah terakhir.
Buku ini secara tersiratnya juga menasihat kita supaya menjadi seorang yang lebih teliti dalam menapis maklumat yang terpapar di media sosial, dan mengajak kita untuk menganalisa sebelum mem'viral'kannya. Di samping itu ia juga memberi keinsafan, betapa sebenarnya pada usia yang mentah dan muda ini, kita harus lebih banyak absorb; mendengar serta membaca, sebelum gelojoh mengeluarkan sesuatu pendapat.
Justeru itu, saya mengesyorkan buku ini menjadi bahan bacaan yang mustahak bagi anda. Khususnya generasi muda yang menjadikan Google dan Facebook sebagai sumber maklumat utamanya (dan mungkin juga dinaiktaraf sebagai ilmu: secara sedar atau tidak). Anda pasti tidak akan menyesal membeli dan membaca buku ini.
Wednesday, January 20, 2016


Walaupun Hat Yai merupakan bandar yang terbesar di dalam wilayahnya, ibu kota pentadbirannya yang sebenar adalah Kota Songkhla itu sendiri yang terletak lebih ke utara dan timur iaitu di tepi laut - Pantai Samila. Jarak antara kedua-dua kota ini adalah 30 kilometer sahaja.
Bagaimana Hendak Ke Hat Yai?
Perjalanan dengan menaiki bas dari Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi pada pukul 10 malam (6 Disember 2015) dan singgah solat subuh di sebuah masjid di Kubang Pasu. Tiba di sempadan checkpoint Wang Kelian, Perlis pada pukul 8 pagi.
Berangkat pulang melalui sempadan Danok dan Padang Besar pada 9 Disember 2015.
![]() |
Darulmaaref School Foundation |
![]() |
Fasai Seafood, Pakbara Beach, Satun |
![]() |
Samila Beach, Songkhla |
![]() |
Pejabat Jeneral Konsulat Malaysia di Songkhla |
![]() |
Naris Phu View Resort, Satun |
Pulau Perhentian, Besut, Terengganu
Taman Negara Pahang, Jerantut
Monday, January 18, 2016


Abah terkejut apabila ternampak tauke kedai itu sedang membasuh beras ayam untuk dimasak. Saya pun musykil kenapa Hassan yang berasal dari Pakistan itu sanggup makan beras ayam? Sedangkan kami yang dari keluarga miskin ini tidaklah sampai makan beras ayam.
![]() |
Nasi beras perang bersama kari rangka ayam dan kubis rebus |


Saturday, January 16, 2016


![]() |
senarai harga terkini domain mengikut jenis |
![]() |
contoh support yang diberikan |
Friday, January 15, 2016


Teguran sinis yang menusuk kalbu ini kena pada batang hidung ramai pengguna Facebook. Termasuklah saya. Rashid menyindir mereka yang selalu snap dan post makanan di Facebook sebagai orang yang 'lapar perhatian.'
Tuesday, January 12, 2016


FS: Usia sekarang?
ZH: Cuba teka?
FS: 22?
ZH: Salah, 27
FS: Emoticon terkebil-kebil.