Semalam saya membawakan kisah kejayaannya tanpa menunjukkan bukti. Tetapi hari ini saya memaparkan gambar-gambar terkini Zdy Hirddy sebagai bukti yang nyata. Ya…from rhino to sexy unicorn bukan? Lihatlah dengan penuh keterujaan dan mata yang terkebil-kebil!
Daripada seorang yang dijadikan simbol jenaka, bahan lawak dan sindiran lelucon rakan-rakan, kini dia menjadi sumber inspirasi. Dengan usaha yang gigih tanpa mengenal erti lelah, dia kini fit sehingga mampu menawan puncak Gunung Kinabalu pada Januari 2015 yang lalu. Baginya puncak Kinabalu adalah saksi kejayaannya menurunkan berat badan sebanyak 47 kg dalam tempoh setahun!
Ujarnya, selama 13 tahun dia mengusung ke hulu dan ke hilir lemak yang berlebihan di badannya. Kerapkali cuba diet, namun acapkali gagal. Tetapi, akhirnya dia membulatkan tekad untuk misi kurus menjelang tahun baharu 2014 yang lalu.
Dalam tempoh setahun yang sukar itu, Zdy Hirddy mendapat sokongan yang kuat daripada keluarga dan rakan-rakannya. Walaupun ada segelintir yang skeptikal, tetapi baginya itu adalah lumrah dan memandangnya dari sudut yang postif. “Kau tengoklah dan tunggulah hasilnya pada penghujung tahun nanti.” Bisik garau hatinya seolah-olah mahu didengari oleh mereka yang sinis dengan keupayaannya.
Hari bersilih ganti, bulan bertukar bulan. Dengan mengamalkan gaya hidup yang aktif, workout di rumah, kaki roller blade dan joging, dia kini berdiri tegap lagi segak dengan penampilan baharu. Perubahan yang sangat ketara sehingga ada rakan yang lama tidak bersua, sudah tidak mengenalinya lagi.
Di samping senaman yang konsisten, Zdy Hirddy juga mengamalkan pemakanan yang sihat. Seperti saya, dia juga berpantang makan di luar dalam tempoh lima bulan pertama. Minat memasak dan mencipta variasi resipi sihat sendiri. Ditambah dengan bantuan beberapa produk pelangsing pilihannya.
Saya tidak berhajat mahu menulis panjang di sini. Cumanya saya ingin menzahirkan keterujaan dengan perubahan mendadak kepada dirinya. Bukan sahaja bentuk fizikalnya berubah, tetapi wajahnya juga berubah dengan ketara. Tidak hairanlah jika ada sesetengah rakannya yang jarang bersua, gagal untuk mengenalinya.
Syabas Saudara Zdy Hirddy di atas kejayaan yang luar biasa ini. Semoga ia menjadi pendorong dan sumber inspirasi kepada mereka yang masih obes.
Saya berharap kisah kejayaan Zdy Hirddy ini akan menaikkan ‘berahi’ anda untuk berubah. Semoga ia sehangat lahar gunung berapi dan bukannya hangat-hangat tahi ayam.
Berikut disiarkan temubual ringkas saya (FS) bersama Zdy Hirddy (ZH) yang berlaku secara dalam talian sahaja. (aplikasi whatsapp dan e-mel).
FS: Sejak bila mengalami obesiti?
ZH: Mengalami masalah obesiti sejak berusia 13 tahun atau tingkatan 1. Sejak berhenti merokok pada umur 18 tahun, berat badan lagi mendadak naik dari 100 kg ke 120 kg.
FS: Usia sekarang?
ZH: Cuba teka?
FS: 22?
ZH: Salah, 27
FS: Emoticon terkebil-kebil.
FS: Usia sekarang?
ZH: Cuba teka?
FS: 22?
ZH: Salah, 27
FS: Emoticon terkebil-kebil.
FS: Paling berat cecah berapa kg?
ZH: Paling berat setakat ini mengusung lemak ke hulu hilir pada tahun 2014 iaitu 120 kg dengan saiz seluar 42 inci dan baju saiz XXL.
FS: Beri tiga (3) sebab kenapa mahu kurus?
ZH: Satu; sebab malu dijadikan bahan jenaka gurauan kerana bersaiz besar dan tiada keyakinan diri. Kedua; susah mencari pakaian di pasaraya atau pun kedai-kedai dan ketiganya; putus cinta juga adalah pendorong utama untuk berdiet dan mahu kurus.
FS: Pandangan orang sekeliling sewaktu kamu gemuk?
ZH: Dipandang sinis dan tak pandang sebelah mata pun. Tidak ada yang memandang.
FS: Dari mana datang inspirasi untuk berubah secara tekad?
ZH: Sejak tengok majalah, tengok model-model badan cantik. Masa tu saya berazam untuk jadi seperti mereka dan sudah sampai masa serta serunya untuk menjaga badan dan penampilan.
FS: Bagaimana ia bermula?
ZH: Saya membuat research sikit-sikit, tengok di Youtube dan bertanyakan kawan-kawan yang bermain gym dan start belajar diet, belajar bermain alatan gym, senaman dan menjaga cara pemakanan.
FS: Siapa pendorong?
ZH: Kawan-kawan dan keluarga banyak memberi dorongan dan kata-kata semangat untuk saya berubah.
FS: Ceritakan secara ringkas cara-cara kamu menurunkan berat badan? Ada menggunakan sebarang produk pelangsing?
ZH: Pemakanan; makan makanan yang hanya di masak sendiri di rumah. Tidak makan makanan yang bergoreng dan tidak minum air batu atau air bergula. Senaman pula; saya melakukan senaman secara rutin harian di rumah iaitu bermain gym, joging dan roller blade. Ya, saya ada mengambil produk pelangsingan fat burner untuk membakar lemak dengan pantas, mengambil susu protein (supplement gym) dan sejenis krim losyen jenama anugerah
untuk menganjalkan kembali kulit yang kendur di bahagian perut.
FS: Berapa kali pernah cuba diet tetapi gagal?
ZH: Owh, tak terkira rasanya. Cuba pelbagai jenis ubat kurus tetapi hampeh. Semua jenis ubat kurus sudah cuba, tetapi tiada kesan.
FS: Setelah berjaya kurus apa yang kamu rasa?
ZH: Saya rasa lebih berkeyakinan dan terasa lebih selesa untuk bergerak dan semua aktiviti yang dulunya tidak dapat saya lakukan tetapi sekarang semuanya saya dapat lakukan.
FS: Apa pula kata orang sekeliling?
ZH: Mereka tegur kenapa berubah terlalu drastik. Ada yang kata saya sakit ke? Ada yang kata saya ada ambil dadah ke? Itulah manusia ini, kurus salah, gemuk pun salah.
FS: Ada tak kesan kulit mengelebeh? Jika ada bagaimana cara mengatasinya?
ZH: Kesan kulit mengelebeh memang ada. Cara saya atasi adalah dengan menyapu krim losyen anugerah di bahagian perut dan saya juga menggunakan korset for men untuk membentuk kembali badan supaya fit.
FS: Tempoh masa yang diambil?
ZH: Tempoh masa diambil cuma satu tahun sahaja dari 2014 hingga 2015. Mengamalkan cara hidup yang sihat, menjaga pemakanan dan senaman yang konsisten.
FS: Setiap bulan turun berapa kilogram?
ZH: Tidak pernah timbang berat badan semasa tempoh berdiet. Sebab fobia pada alat timbang badan.
FS: Apakah harapan kamu selepas ini?
ZH: Harapan saya supaya saya kekal sihat dan akan terus konsisten melakukan rutin senaman. Ini kerana fizikal berat badan yang asal akan cepat berubah kembali seperti dulu jika tidak dijaga pemakanan dan senaman.
FS: Tuliskan kata-kata semangat dan perangsang untuk mereka yang sedang melaksanakan #azamkurus2016?
ZH: Marilah bersama-sama menjalani kehidupan yang sihat dan cergas. Jaga pemakanan dan senaman paling tidak seminggu tiga kali (1jam-2jam). Jadikan senaman satu hobi dan perkara wajib untuk dilakukan. Supaya kita terhindar dari obesiti yang puratanya kebanyakan adalah dari orang-orang Asia. Hidup sihat untuk jangka masa yang berpanjangan.
*tamat*
Berahi dan terliur melihat perubahan Zdy Hirddy? Ayuh…usahakan bersungguh-sungguh #azamkurus2016 anda! #kipidap #dongibap
SIRI SEBELUMNYA: ZDY HIRDDY FROM RHINO TO SEXY UNICORN
Zdy Hirddy boleh dihubungi melalui #Facebook. KLIK SINI
Bagus semangat ZH ni....Satu perubahan yang boleh dijadikan contoh pada sesiapa yang ingin turunkan berat badan dgn cara yang betul...TAHNIAH ZH atas kejayaan menurunkan berat badan.... Biasanya untuk menurunkan berat badan ni pasti akan melibatkan kos... Bro FS tak tanya ke berapa kos untuk turunkan berat badan selama 1 tahun ni? Nak tahu juga :)
ReplyDeleteOwh ye...tak teringat nk tny. Nanti aku cuba tanyakan ye. TQ
DeleteCongrats ZH. Pastinya perubahan diri skrg mnjadikan anda lebih confident berhadapan org sekeliling and misi mencari cinta yg terputus tgah jalan tu. Good luck !
ReplyDelete