Friday, January 15, 2016


"Ini Rashid. Rashid mahu pergi lunch. Rashid tidak snap gambar makanan dan upload dalam Facebook. Rashid lapar makanan. Rashid tak lapar perhatian. Rashid bijak. Jadilah seperti Rashid."

Teguran sinis yang menusuk kalbu ini kena pada batang hidung ramai pengguna Facebook. Termasuklah saya. Rashid menyindir mereka yang selalu snap dan post makanan di Facebook sebagai orang yang 'lapar perhatian.'

Sehinggakan lifestyle blogger yang terkenal seperti Uncle Zuan pun tersentap. Mana tidaknya, blog UncleZuan.com Blogging Untuk Berkongsi yang berkonsepkan travelog, food hunter dan lifestyle itu memanglah perlu snap dan post gambar makanan serta tempat-tempat makan yang menarik di page Facebooknya. Tujuannya untuk review dan berkongsi dengan pengikut blognya.

Persoalannya, meluat sangatkah Rashid apabila terpandang rakan-rakan Facebooknya post gambar makanan? Kalau Rashid berfikiran positif, Rashid mungkin mendapat manfaat dari perkongsian rakan-rakannya itu.

Antaranya, Rashid dapat tahu kedai makan yang sedap. Maka, suatu hari nanti Rashid boleh menjamu selera di situ pula. Betul tak Rashid?

Terpulanglah kepada Rashid mahu snap atau tidak. Tak nak kongsi sudahlah. Janganlah hati Rashid menggerutu pula bila tengok orang lain upload. Itu rezeki mereka Rashid. Wahai Rashid, marilah kita bersangka baik.

Menjejaki Rashid

Itulah Rashid yang kini trending. Menjadi bualan hangat di media sosial. Menjadi tumpuan netizen. Persoalannya sekarang, siapa Rashid ini? Kepala besar, badan lidi. Siapa kau Rashid?? Haha.

Lantas, saya cuba menjejaki Rashid. Mahu juga saya menyapa dan bertanya khabar. Jika Rashid tak keberkatan, mungkin kita boleh selfie bersama. Serta nak minta petua juga, macam mana badan Rashid boleh melidi? Hihi. Sedangkan saya ini separuh nyawa berjuang untuk jadi fit. Haha. #MisiFitFS.

#BeLikeRashid

Jadilah Seperti Rashid adalah sebuah Page Facebook yang diwujudkan bertujuan untuk memberi nasihat dan teguran secara santai kepada pengguna media sosial. Memaparkan lakaran kartun Rashid yang berkepala besar dan bertubuh lidi. Disertakan dengan kata-kata nasihat berbentuk sindiran yang tajam.

Setelah berjaya dijejaki, #BeLikeRashid rupa-rupanya meniru #BeLikeBill yang telah lama viral di peringkat global. Peranannya sama. Iaitu untuk 'mengetuk' minda masyarakat setempat. Berkonsepkan lelucon yang santai tetapi kadangkala sinis dan makan dalam juga. Menyentap seh! #deep oo.
.
Rashid Oh Rashid!

Ada banyak perkara yang Rashid tegur. Sebahagiannya saya setuju dan puji. Bagus Rashid ini. Manakala ada juga beberapa tegurannya yang saya rasa tak perlu. Saya juga ada membuat status khas menyindir Rashid. Saya percaya apabila Rashid suka mengkritik dan menyindir orang lain, Rashid juga mempunyai jiwa yang besar. Ya...apabila kita menulis; memberi pandangan dan kritikan, kita juga sewajarnya bersikap terbuka.  Bersedia untuk dikritik, disinggung dan disindir juga.

Rashid Mangsa Fitnah

Hah...ini satu masalah yang serius. Oleh kerana Rashid ini tidak dikenali dan kita pun tak tahu siapakah orang yang berselindung di sebaliknya. Maka, Rashid telah mula jadi mangsa. Saya dapat mengesan beberapa poster yang menggunakan nama dan lakaran Rashid tetapi memberi nasihat serta teguran yang tempang lagi jelik. Contohnya yang ini. Rashid terlajak bijak sudah bah!

Kesempatan Atas Rashid

Sempat juga para usahawan media sosial secara sambilan #2kerja yang mengambil manfaat atas fenomena Rashid. Bijak-bijak dan kreatif belaka.

Sementara itu, insan-insan yang memang namanya Rashid, nasib ekaulah namo ekau jadi bahan. Huhu.

Konklusinya, wahai Rashid teruskanlah berkarya. Buatlah teguran yang perlu. Apapun orang nak kata, saya ucap syabas kepada anda. Tetapi siapa anda? Saya tak tahu. Justeru itu, kepada pemilik page Jadilah Seperti Rashid, kalau terbaca tulisan ini bolehlah kita berkenalan dan saling tukar pandangan serta jom selfie!

Rashid bijak. Jadilah seperti Rashid.

*Kuiz: cuba kira berapa banyak nama Rashid yang tertera dalam tulisan ini? Sila letak jawaban anda di ruangan komentar di bawah ini. Hadiah misteri menanti kepada pengira yang tepat. Terima kasih.


8 comments:

  1. 47 rashid termasuk tajuk dan # yg ada rashid...kot....

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..
    Rashid yang dijumpai dalam tulisan ini termasuk tajuk sehingga ke ayat terima kasih ialah 51.
    Manakala Rashid di dalam 3 gambar saya jumpa 23.
    kalau nak dijumlahkan semua, maka Rashid ada 74. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas penyertaan. Saya akan hubungi melaui akaun google jika sdr/i pengira tepat yang saya cari.

      Delete
  3. Sebenarnya Train Etiquette wujud sebelum Be Like Bill. Tapi zaman tu mungkin belum 'hip' di Malaysia atau apa. Entah.

    ReplyDelete
  4. Perghhhh mantap betul pengkongsian ini...

    ReplyDelete
  5. hahaha sampai nama aku pun di seru dalam ni.

    thanks rakan senegeri.

    bila mau jumpa lagi ni?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi menjengah dan membaca #LakarHidupSendiri. Ia adalah coretan dan lakaran hidup saya. Apa pula kata anda? Anda dialu-alukan untuk memberi sebarang komentar atau ulasan di sini. Terima kasih.