“Kalau nak senang, memang kita kena hidup bawah kemampuan. Jangan hidup ikut kemampuan. Saya ada terbaca, hidup di bawah kemampuan ialah salah satu prinsip kewangan yang diamalkan oleh orang kaya yang sebenar (bukan orang kaya mee maggie). Mereka kaya sebab mereka memang amalkan gaya hidup bawah kemampuan, bukan hanya masa dah jadi kaya, tapi sebelum dia jadi kaya lagi."
"Kalau dia mampu pakai Waja sebagai contohnya, dia cuma pakai Wira. Bahkan mungkin cuma pakai Saga. Kerana Saga sudah cukup memadai untuk keperluannya. Perbezaan nilai antara mampu dan perlu itulah aset yang membuatkan dia lebih kaya!”
Tulisan Tuan Zulkifli bertajuk “Hidup Di Bawah Kemampuan” di blognya itu sering saya ulang baca apabila tangan mula menggatal untuk menekan tetikus dan papan kekunci bagi membeli benda-benda yang tidak perlu di ruangan maya ini.
Setelah membaca semula tulisan tersebut saya biasanya insaf dan membatalkan hasrat untuk memiliki benda yang tidak perlu itu. Tulisan itu benar-benar membantu. Rasanya sudah beratus-ratus kali saya ulang baca.
Rambang Mata
Zaman sekarang, rambang mata bukan hanya ketika kita berjalan di pusat membeli-belah sahaja. Rambang mata seringkali juga terjadi ketika duduk menghadap komputer. Ya, mana tidaknya dengan perkembangan rangkaian internet, macam-macam benda ada dijual di dalam talian. Hanya dengan satu klik kita boleh memilikinya.
Maka, seringkalilah terjadi ketirisan dalam bajet bulanan saya akibat rambang mata melihat promosi-promosi di gedung-gedung online. Ia adalah sesuatu yang sangat mencemaskan dan membimbangkan.
Menambahkan perit lagi apabila group-group whatsapp yang ada menjadi medan untuk kawan-kawan mempromosi macam-macam benda. Semakin hangat dan menjadi-jadi apabila seorang timbalan menteri menyarankan buat #2kerja dan #tambahpendapatan bagi menampung kos sara hidup yang kian meningkat.
Saya tidaklah mahu menyalahkan sesiapa, cuma saya ingin meluahkan bahawa betapa sukarnya saya untuk mengamalkan prinsip hidup di bawah kemampuan dalam situasi yang begini. Rambang mata tidak lagi hanya berlaku di shopping mall tetapi ia terjadi di depan komputer, tablet dan telefon pintar anda juga!
Trend Hidup Di Luar Kemampuan
Di dalam tulisan tersebut, beliau turut melahirkan kebimbangan apabila ramai orang kita yang hidup di luar kemampuan. Beliau menulis;
“Yang lebih membimbangkan, memang dah jadi trend sekarang ni orang hidup di luar kemampuan! – dengan cara berhutang, ansuran, kad kredit, skim bayaran mudah dan apa saja skim yang sama ‘waktu’ dengannya… Sikap ambil mudah dengan hutang, membuatkan ramai yang hidup di luar kemampuan sebenar mereka.” Tegasnya.
Kemudian beliau menambah; “Atas alasan itulah, saya sangat tak gemar berhutang, dalam apa bentuk sekalipun. Selagi boleh ‘hidup’, saya cuba jauhkan diri dari hutang. Puji-pujian bagi Allah, hutang saya sekarang cuma hutang beli rumah saja. Itupun hutang yang dikategorikan sebagai hutang berkat, bukan hutang mudarat.”
Ayat-ayat beliau ini sering saya ulang baca supaya tidak lagi tergelincir untuk memohon pinjaman peribadi bagi tujuan yang mengarut. Saya perhati, memanglah kakitangan kerajaan ini menjadi tumpuan wakil-wakil institusi kewangan untuk menawarkan skim pinjaman peribadi yang tanpa penjaminlah, lulus 24 jamlah dan faedah yang terendah kononnya.
Muflis Muda
Secara puratanya 68 orang diisytiharkan muflis setiap hari di negara ini. Statistik terkini Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) menunjukkan dari Januari hingga Jun lalu, seramai 12,381 individu sudah diisytiharkan muflis atas pelbagai sebab, sekali gus membayangkan isu kebankrapan yang semakin membelenggu sebilangan rakyat Malaysia.
Malah statistik MdI sejak tahun 2007 juga menunjukkan aliran peningkatan individu muflis daripada 13,238 pada 2007, 13,855 (2008), 16,228 (2009), 18,119 (2010), 19,167 (2011), 19,575 (2012) dan 21,987 (2013) dengan keseluruhan kes bankrap bagi tempoh itu mencecah 134,550 orang.
Peningkatan kes muflis ini merunsingkan pelbagai pihak yang meminta kerajaan melakukan sesuatu sebelum ia menjadi parah. Pengerusi Sekretariat Bebas Muflis, Datuk Sohaimi Shahadan menyifatkan peningkatan kes muflis di negara ini sebagai 'fenomena membimbangkan'.
Katanya, apa yang lebih menggusarkan apabila majoriti individu muflis itu terdiri daripada golongan muda berusia 40 tahun ke bawah.
Statistik menunjukkan daripada keseluruhan individu muflis, 75,279 atau 55.94 peratus berumur 44 tahun ke bawah dengan kelompok 35-44 tahun menduduki jumlah individu tertinggi muflis iaitu 46,060 kes atau 34.23 peratus.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/6267
Biar Bergaya, Asalkan Jangan Papa
Bukanlah suatu kesalahan untuk melaram atau bergaya. Ramai orang beranggapan dengan melaram dan bergaya itu boleh menambah keyakinan diri. Maka, teruskanlah. Tetapi jangan pula sampai papa. Berbelanjalah secara berhemah dan berpada-pada. Pokok pangkalnya, ukurlah baju di badan sendiri. Janganlah ketagih mahu membeli barangan yang brended sampai berhutang pula.
Tips Hidup Di Bawah Kemampuan
Tuan Zulkifli di dalam blognya turut menitipkan sedikit tips untuk hidup di bawah kemampuan. Beliau menulis; “Pertamanya, jauhilah hutang walauapapun bentuknya. Kad kredit (kad hutang), skim bayaran mudah, skim bayaran ansuran, tak perlu bayar dalam tempoh 30 hari, semua tu hutang yang telah diberi nama baru supaya kita tak rasa ianya adalah hutang!”
“Keduanya, berbelanjalah ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, dan jauh sekali ikut kemahuan. Memang prinsip ini benar-benar saya amalkan sejak melalui zaman-zaman sempit dahulu.” Tegasnya.
Perbezaan Perlu atau Benar-benar Perlu?
“Saya tahu, cara macam ini memang tak ada class. Tapi saya selesa dengan cara ini. Bagi saya, biar tidak nampak ‘berharta’, asalkan poket saya kaya. Kalau ada duit, bila-bila masa sahaja boleh ditukarkan menjadi ‘harta’. Tapi kalau ada ‘harta’, bukan senang hendak convert balik jadikan duit kalau kita terdesak…”
“Kalau ikutkan, memang banyak benda yang saya nak beli (miliki) tapi selalu saya tangguh-tangguhkan. Kekadang sampai beberapa tahun masih tak terbeli. Bukan sebab tak mampu, tapi ia belum cukup alasan untuk ia dikategorikan sebagai benar-benar perlu.”
“Walaupun ‘statusnya’ memang perlu, ia terpaksa ditangguh-tangguhkan sebelum ianya bertukar menjadi benar-benar perlu. Bila dah benar-benar perlu, masa tu dah tak perlu ditimbang-timbang lagi. Memang kena beli sekarang!” Ulas beliau sebelum mengakhiri tulisannya.
Artikel tulisan beliau ini saya copy & paste dalam word dan simpan di dalam komputer. Apabila tangan mula menggatal mahu membeli benda yang bukan-bukan di alam maya ini, lantas saya mengulang bacanya.
Konklusi, jauhi sikap boros. Hiduplah dengan senang di bawah paras kemampuan. Elakkan tindakan menambah hutang yang membawa mudarat. Kecuali hutang yang bermanfaat seperti untuk dijadikan modal berniaga atau membeli aset-aset yang boleh menjana wang.
ya.
ReplyDeletebiarla hidup dengan kemampuan. Jangan melampau dan berlebihan.
Betul3x hehe
DeleteinsyaAllah saya pun nak amalkannya
ReplyDeleteHati-hati di sini. Tidak ada yang dapat membantu Anda di sini atau bahkan menyarankan bagaimana Anda bebas untuk mendapatkan bantuan keuangan. Setiap jawaban dari pemberi pinjaman kredit atas pertanyaan Anda, Anda harus mengabaikan, karena Mereka Apakah Penipuan ... penipuan yang nyata ... saya adalah korban yang saya robek Ribuan dolar ... baik terima kasih Tuhan untuk saudara Kristen yang dimaksud saya untuk sebuah organisasi pinjaman yang dibentuk oleh beberapa Ibu Clara, claraloan@financier.com.
ReplyDeleteMereka membuat hidup saya yang berharga dan memberikannya makna. Ketika adik memberiku semata-mata untuk Untuk kontak lebih lanjut, saya menghubungi dia. Mereka menyetujui pinjaman sebesar $ 75.000,00 USD dan dalam 48 jam setelah bertemu semata-mata untuk orang lanjut Untuk melawan persyaratan, pinjaman saya disimpan di rekening bank saya tanpa agunan. Saya akan menyesal Total hidupku, Karena pada titik waktu saya hanya bercerai ayah dari anak saya, dan anak saya (Ridwan) dihadapkan dengan situasi hidup dan mati. Jangan ragu untuk menghubungi via Email: Claraloan@financier.com. Untuk pertanyaan lebih lanjut. hubungi saya via: Yunitanurudeen@gmail.com
Akhirnya ada pemberi pinjaman kredit benar dalam internet. Halo semua, jika Anda berada di sini untuk mencari pinjaman maka Anda harus menghubungi Obi Esther saja karena dia adalah satu-satunya yang nyata dan benar pemberi pinjaman kredit di sini bahwa tidak akan mengambil uang Anda dan melarikan diri. Perusahaan pinjaman lainnya di sini adalah semua palsu, mereka hanya setelah uang kita. Mereka akan mati dalam sakit besar.
ReplyDeleteAnda harus sangat berhati-hati sehingga Anda tidak akan jatuh korban scammers ini.
Hubungi Obi Esther sekarang jika Anda perlu pinjaman nyata untuk hanya 2 tingkat% tanpa agunan,
Email mereka obiesther.loanfirm@gmail.com
jika Anda ingin informasi lebih lanjut tentang Obi Esther, Anda bisa menghubungi saya di email saya di ranisuryana200@gmail.com
Tuhan memberkati kalian semua