Sesungguhnya kisah kejayaan orang mampu menjadi inspirasi kepada kita. Tidak kiralah kejayaan dari segi apapun. Sama ada kejayaan dalam pelajaran, pekerjaan, perniagaan dan kebahagian hidup berkeluarga yang berteraskan nilai-nilai murni agama. Biasanya para ikon yang berjaya ini akan menjadi idola ribuan insan lain.
Zdy Hirddy atau nama sebenarnya Muhamad Zaidi Mohd Dawod seorang pemuda dari negeri ‘luaskan kuasamu’ ini juga boleh dijadikan ikon. Kegigihan dan kekentalannya dalam mencapai misi kurus wajar dipuji serta di #salute!
Sejak tingkatan satu lagi dia sudah memiliki fizikal yang bersaiz XXL. Nampak tembam dan comel persis #teddybear pada ketika itu. Menjadi bahan lelucon rakan sebaya di sekolah.
Walaupun memiliki tubuh yang obesiti, dia tetap tidak mahu ketinggalan mengikut trend dan ingin kelihatan macho juga. Maka, seperti kebanyakan pelajar lelaki seusia dengannya, merokok adalah sesuatu yang lazim. Bimbang digelar sebagai budak nerd, dia juga turut serta menjadi geng budak macho berasap di lokasi-lokasi terpencil di sekolah dan di luar.
Saya mengenali Zdy Hirddy melalui #Facebook. Saya #add dia sebagai #friend kerana teruja melihat gambar-gambar penampilannya sebelum dan selepas. Sangat berbeza! Pada mulanya saya menyangka gambar tersebut adalah dua insan yang berlainan. Mungkin gambar passport ini adalah abangnya. Tetapi bila saya #stalk gambar-gambarnya yang lain, ternyata sangkaan saya itu meleset.
Lantas, saya #inbox dan bertanyakan hal tersebut dengan lebih lanjut. Lantaran kerana saya memang berhajat mahu menukilkan seberapa banyak mungkin kisah kejayaan untuk dijadikan inspirasi kepada mereka yang mahu melaksanakan #azamkurus2016 ini.
Alhamdulillah, sapaan saya dibalas dan kami berbual tentang banyak perkara. Sehinggalah saya menyatakan hasrat untuk menemubualnya. Zdy Hirddy tiada halangan untuk itu dan saya menyediakan 15 soalan bertulis untuknya. Semoga ia memberi inspirasi kepada saya dan anda.
Tahukah anda bahawa berat badan pemuda yang berasal dari Kota Tinggi, Johor ini pernah mencecah sehingga 120kg! Dia menghidap obesiti selama 13 tahun dan saiz seluarnya adalah 42 inci. Menurutnya; “Aku terpaksa mengusung lemak seberat itu, ke hulu dan ke hilir dalam tempoh lebih sedekad!”
Akibat sudah bosan kerana sukar mencari baju dan seluar yang saiz dengannya serta cemburu melihat rakan-rakan sebaya yang segak bergaya, dia tekad melakukan perubahan yang drastik bermula pada awal tahun 2014 yang lalu.
Sungguh luar biasa semangatnya. Azam yang bulat. Bukan hangat-hangat tahi ayam yang sering terjadi kepada kebanyakan orang. "Tetapi ini kalilah misi yang bukan sekadar melepas batuk di tangga. Tetapi inilah misi yang sehangat lahar gunung berapi!" Getus hatinya yang membara kerana sebelum itu dia pernah beberapa kali gagal.
Dalam tempoh setahun sahaja, dia berjaya melakukan tranformasi from rhino to sexy unicorn. Jika dahulu dia tersisih atau hanya sekadar jadi bahan lelucon rakan, kini dia menjadi perhatian ramai orang. Sehingga menghadapi dilema pula untuk memilih. Ehem ehem.
Apakah turning point yang membuatkan Zdy Hirddy tekad untuk berubah? Siapakah pendorongnya? Apakah formula yang digunakan? Dan ingin melihat wajah dan fizikal terkini Zdy Hirddy yang tampan serta seksi itu? Serta ikuti transkrip ringkas temubual saya dengannya. Tunggu esok. Hehehe. (sila add to favorite atau follow Google+ dan like Facebook #blog ini)
Untuk hari ini, tatapilah wajah dan fizikal Zdy Hirddy yang comel, tembam dan debab ini. Sementara esok, anda pasti akan terkejut melihat pesonanya yang berbeza. Sehingga saya menyangka dia melakukan pembedahan kosmetik di Korea atau menjalani prosedur sedut lemak.
Semoga kisah kejayaan ini akan memberi inspirasi kepada anda. #azamkurus2016 #LakarHidupSendiri
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi menjengah dan membaca #LakarHidupSendiri. Ia adalah coretan dan lakaran hidup saya. Apa pula kata anda? Anda dialu-alukan untuk memberi sebarang komentar atau ulasan di sini. Terima kasih.