Saturday, January 16, 2016


Seperti yang saya coretkan di ruangan Mengenai Saya - Lakar Hidup Sendiri, saya sudah mula berjinak-jinak blogging sejak sedekad yang lalu. Rajin buat dan tinggal. Entah berapa banyak domain yang saya pakai. FauziSabri.com pernah juga saya gunakan dahulu. Mujur sehingga hari ini, domain FauziSabri.com masih milik saya. Kecewa juga kalau ia dimiliki oleh orang lain.

Sejak dahulu saya membeli domain di Sempoihosting. Syarikat milik orang kita. Mudah berurusan dan cekap juga. Selain .com Sempoihosting juga menawarkan domain .net, .com.my, .net.my, .edu.my dan sebagainya.

Harganya berbeza mengikut jenis domain. Bagi saya yang menggunakan .com harganya adalah RM43 setahun. Dahulu sebelum GST harganya cuma RM38 setahun. Di samping itu, kita juga akan diberikan lima email forwarding. Contohnya; fauzi@fauzisabri.com, blogger@fauzisabri.com, editor@fauzisabri.com, webmaster@fauzisabri.com dan fs@fauzisabri.com
senarai harga terkini domain mengikut jenis
Kepada blogger yang masih menggunakan ****.blogspot.my atau ****.wordpress.com, jom kita beralih dengan domain sendiri. Tentulah lebih bergaya bukan? Misalnya URL langsung blog saya ini sebenarnya adalah bestmasyuk.blogspot.my. Tetapi saya tukar kepada domain www.fauzisabri.com. Haha barulah ada gayakan!

contoh support yang diberikan
Saya cadangkan kepada mana-mana blogger yang masih belum ada domain sendiri, sila semak dan beli domain yang anda minat di Sempoihosting. Ia adalah syarikat tempatan milik Bumiputra Melayu. Segala nota; cara-cara menukarkan domain anda dan support akan diberikan.

Selain itu, anda juga boleh menyewa hosting di sini. KLIK SINI




0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi menjengah dan membaca #LakarHidupSendiri. Ia adalah coretan dan lakaran hidup saya. Apa pula kata anda? Anda dialu-alukan untuk memberi sebarang komentar atau ulasan di sini. Terima kasih.