Kota Hat Yai terletak di dalam wilayah Songkhla, Thailand. Ia merupakan bandaraya terbesar di wilayah selatan Thailand. Nama Hat Yai merupakan singkatan kepada "Ma Hat Yai yang bermaksud pokok Ma Hat besar. Di dalam bahasa Thai, Hat Yai di tulis หาดใหญ่ atau Haad Yai atau Had Yai.
Memandangkan ia terletak berhampiran dengan sempadan Semenanjung Malaysia, Hat Yai menjadi lokasi tumpuan pelancong dari negara-negara yang berjiran seperti Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Salah Sangka
Oleh kerana ia merupakan bandar terbesar di Wilayah Songkhla, Hat Yai seringkali dianggap sebagai ibu kota wilayah tersebut. Lazim bagi 76 wilayah-wilayah lain di negara jolokan gajah putih ini, bandar yang terbesar adalah ibu kotanya. Tetapi berbeza bagi Wilayah Songkhla ini.
Walaupun Hat Yai merupakan bandar yang terbesar di dalam wilayahnya, ibu kota pentadbirannya yang sebenar adalah Kota Songkhla itu sendiri yang terletak lebih ke utara dan timur iaitu di tepi laut - Pantai Samila. Jarak antara kedua-dua kota ini adalah 30 kilometer sahaja.
Walaupun Hat Yai merupakan bandar yang terbesar di dalam wilayahnya, ibu kota pentadbirannya yang sebenar adalah Kota Songkhla itu sendiri yang terletak lebih ke utara dan timur iaitu di tepi laut - Pantai Samila. Jarak antara kedua-dua kota ini adalah 30 kilometer sahaja.
Bagaimana Hendak Ke Hat Yai?
Kota Metropolitan yang terbesar di Wilayah Selatan Thailand ini dikunjungi dengan menggunakan kenderaan darat yang akan melalui sempadan Padang Besar, Perlis - Danok - Hat Yai atau Wang Kelian, Perlis - Wilayah Satun - Songhkla - Hat Yai. Selain itu, ia juga dihubungkan melalui keretapi Ekspress Langkawi dari KL Sentral ke Stesen Keretapi Hat Yai. Air Asia terbang dari Lapangan Terbang Antabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hat Yai.
Lawatan Kerja
Tulisan ini merupakan pengenalan kepada #KembaraFS mengikuti Lawatan Kerja Persatuan Peguam Syarie Negeri Sembilan (PGSMNS) ke dua Wilayah Selatan Thailand iaitu Satun dan Songkhla pada penghujung tahun 2015 yang lalu. Objektif lawatan ini adalah untuk membincangkan persoalan dan permasalahan yang timbul berkaitan pernikahan pasangan Islam warganegara Malaysia di sana dan mengeratkan hubungan silaturrahim.
Perjalanan dengan menaiki bas dari Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi pada pukul 10 malam (6 Disember 2015) dan singgah solat subuh di sebuah masjid di Kubang Pasu. Tiba di sempadan checkpoint Wang Kelian, Perlis pada pukul 8 pagi.
Perjalanan dengan menaiki bas dari Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi pada pukul 10 malam (6 Disember 2015) dan singgah solat subuh di sebuah masjid di Kubang Pasu. Tiba di sempadan checkpoint Wang Kelian, Perlis pada pukul 8 pagi.
Lawatan rasmi PGSMNS bermula dengan singgah di Darul Maaref Foundation School. Seterusnya ke Majlis Agama Islam Wilayah Satun. Manakala, keesokan harinya pula kami membuat kunjungan hormat ke Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia Wilayah Songkhla dan Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla.
Berangkat pulang melalui sempadan Danok dan Padang Besar pada 9 Disember 2015.
Berangkat pulang melalui sempadan Danok dan Padang Besar pada 9 Disember 2015.
#LensaFS mengikuti lawatan kerja ini atas kapasiti sebagai jurufoto jabatan. Justeru itu, entri saya ini bukanlah untuk membincangkan hal-hal rasmi yang berkaitan. Saya hanya akan bercerita tentang perkara-perkara yang #SantaiFS sahaja.
Antara entri yang masih dalam mod deraf dan akan muncul di #blog ini (bila? aku pun tak tahu. ikut mood dan kelapangan aku. haha) adalah:
3) Fasai Seafood, Pakbara Beach, Satun
4) Disapa Bayu Samila Beach, Songkhla
5) Central Mosque of Songkhla
6) Chalee Muslim Buffet, Hat Yai
7) Menikmati Udang Galah Hat Yai
8) Restoran D' Hat Yai
9) Hat Yai Kota Dua Wajah II
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Ketua Jabatan, Ketua Pendaftar dan Bos saya kerana memberi peluang ini.
![]() |
Darulmaaref School Foundation |
![]() |
Fasai Seafood, Pakbara Beach, Satun |
![]() |
Samila Beach, Songkhla |
![]() |
Pejabat Jeneral Konsulat Malaysia di Songkhla |
![]() |
Naris Phu View Resort, Satun |
Pulau Perhentian, Besut, Terengganu
Taman Negara Pahang, Jerantut
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi menjengah dan membaca #LakarHidupSendiri. Ia adalah coretan dan lakaran hidup saya. Apa pula kata anda? Anda dialu-alukan untuk memberi sebarang komentar atau ulasan di sini. Terima kasih.