Sunday, November 1, 2015


Dahulu,
Tahalluf siyasi
Di Penang, katanya ada Umar Abdul Aziz
Doa hancur untuk seteru 1syahadah.
Lama dahulu,
Kafir mengkafir
Kerjasama dengan syaitan pun boleh
Walhasil, solat jemaah dua imam.
Sekarang,
Biarlah jadi kera sumbang
Demi pertahan dasar dan prinsip
Mula lunak dengan seteru 1syahadah.
Sekarang dan mendatang...
Marilah bersatu
Kerjasama mana yang hak
Tentang mana yang batil.
Semoga...
Rahmat Ilahi dapat diraih
Syafaat Nabi dapat disentuh
Perpaduan Islam dapat diperkukuh.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi menjengah dan membaca #LakarHidupSendiri. Ia adalah coretan dan lakaran hidup saya. Apa pula kata anda? Anda dialu-alukan untuk memberi sebarang komentar atau ulasan di sini. Terima kasih.