Taman Negara Malaysia dibuka pada 1938/1939 sebagai Taman Negara King George V. Ia kemudian dinamakan sebagai Taman Negara selepas kemerdekaan. Keluasan kawasan Taman Negara ialah 4,343 km².
Taman Negara terletak di antara sempadan tiga negeri iaitu Pahang, Terengganu, dan Kelantan, yang mana masing-masing memiliki kawasan milik sendiri. Enakmen Taman Negara (Pahang) No.2 pada 1939 dibuat untuk Pahang, Enakmen Taman Negara (Kelantan) No.14 pada 1938 untuk Kelantan, dan Enakmen Taman Negara (Terengganu) No. 6 pada 1939 untuk Pahang. Semua enakmen memiliki persamaan kandungan.
Taman Negara Pahang merupakan sebuah destinasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia. Terdapat banyak daya tarikan dari segi geologikal dan biologikal di taman ini. Ia adalah hutan simpan kekal terbesar di Semenanjung Malaysia. Berkeluasan 2,477 km², diikuti oleh Taman Negara Kelantan seluas 1,043 km², dan Taman Negara Terengganu seluas 853 km².
"saya tak mahu jumpe org buat bisnes dan tak mahu pos simkad dan tak mahu sembang kencang berjam2 kat orang tapi last2 result hampeh!" Adakah situasi ini berlegar dlm fikiran anda? kini evolusi viral dunia AutoDownLine diperkenalkan buat semua rakyat malaysia sign up free
Bandar yang terdekat ialah Jerantut, Pahang. Perjalanan dari Kuala Lumpur atau Kuantan dengan menaiki kereta atau pengangkutan awam mengambil masa antara 3 hingga 4 jam. Dari Bandar Jerantut, pelancong boleh mengambil bas atau teksi ke Jeti Kuala Tembeling, terletak lebih kurang 16km daripada Bandar Jerantut. Pelancong juga boleh ke Taman Negara melalui jalan darat sejauh 68 km dengan hanya mengambil masa kira-kira 1 jam 15minit dari Jerantut.
Pelancong daripada Singapura boleh menaiki keretapi malam yang berhenti di Stesen Keretapi Kuala Tembeling. Daripada Jeti Kuala Tembeling, pelancong akan menaiki bot menyusuri Sungai Tembeling untuk jangka masa lebih kurang 2 1/2 ke 3 jam untuk sampai ke Kuala Tahan.
Tambang bot ialah RM 35.00 seorang sehala. Bot berlepas pada jam 9.00 pagi, 1.00 petang dan 2.00 petang setiap hari.
Permit Dan Lesen
Setiap pelancong mesti mendapatkan permit masuk dengan harga RM 1.00 seorang. Harga lesen memancing ialah RM 10.00 setiap joran dan lesen kamera ialah RM 5.00 setiap satu unit kamera
Penginapan
Mutiara Taman Negara menyediakan penginapan bagi pelancong yang ingin menginap di dalam kawasan Taman Negara. Penginapan juga terdapat di sekitar Kuala Tahan yang terdiri dari homestay, chalet dan dome. Terdapat juga tapak perkhemahan yang diuruskan oleh Mutiara Taman Negara Resort dan pengusaha tempatan di sekitar Kuala Tahan. Maklumat mengenai penginapan dan aktiviti serta tempahan di Mutiara Taman Negara boleh dihubungi melalui talian 09-2662200 / 09-2663500, atau fax ke 09-2661500. Atau kunjungi laman web www.mutiarahotels.com
Menarik
Gunung Tahan merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia terletak di Taman Negara, pendaki boleh menggunakan Kuala Tahan atau Merapoh sebagai titik permulaan ekspedisi pendakian itu.
Taman Negara mempunyai banyak haiwan mamalia yang jarang ditemui dan semakin pupus seperti harimau, tenuk, gajah, rusa, babi hutan, pelanduk, dan seladang. Sungai Tahan menjadi kawasan habitat kepada Ikan Kelah, sejenis ikan pertandingan.
Pelancong ke Taman Negara juga boleh memilih untuk menyertai aktiviti memancing terutamanya di Lata Berkoh dan Sungai Kenyam. Terdapat 300 spesies ikan terutamanya dari keluarga kap seperti ikan kelisa, ikan kelah, dan lain-lain lagi banyak terdapat di sungai-sungai di sana.
3 Hari 2 Malam
Saya berpeluang mengikuti rombongan kembara ke sana pada April 2014 yang lalu. Dianjurkan oleh kelab pejabat. Kami menginap di Masheer Chalet Kuala Tahan.
Antara aktiviti yang sempat disertai adalah seperti rapid shooting, canopy walkaway, melawat perkampungan orang asli, jungle tracking, memancing dan night safari.
Rapids Shooting adalah perlumbaan bot. Tiada gambar sempat dirakam ketika aksi ini kerana semua gajet kamera terpaksa disimpan di dalam beg yang kalis air. Keseluruhan badan memang basah lenjun. Seronok yang tak terhingga apabila dapat bermain air.
![]() |
Rapids shooting atau lumba bot |
![]() |
Titian gantung atau Canopy walkaway |
![]() |
Melawat perkampungan Orang Asli |
![]() |
Belajar menyumpit |
![]() |
Sempat memancing |
*Sila abaikan saiz badan saya ketika itu. #KembaraFS Taman Negara Pahang ini berlaku pada April 2014. Harap maklum. Kah kah kah.
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi menjengah dan membaca #LakarHidupSendiri. Ia adalah coretan dan lakaran hidup saya. Apa pula kata anda? Anda dialu-alukan untuk memberi sebarang komentar atau ulasan di sini. Terima kasih.