Kawasan sekitar Seremban 2 dan Sendayan kini mengalami pembangunan yang begitu pesat. Pemaju hartanah terkemuka negara seperti IJM Land, Sime Darby dan Matrix Concept sedang membangunkan beberapa komuniti kediaman ekslusif yang serba lengkap. Antaranya adalah Bandar Ainsdale, S2 Height, Cemara Hills dan Bandar Sri Sendayan.
Bandar Sri Sendayan telah mula dibangunkan oleh Matrix Concept Bhd di atas tanah seluas 5233 ekar pada tahun 2011. Terletak di kawasan yang cukup strategik iaitu 50km ke selatan Kuala Lumpur dan 20 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Setiap pemaju perumahan ini sering menganjurkan program seumpama ini bagi menarik perhatian pembeli. Mereka kelihatan seolah-olah bersaing dengan sengit.
Rakan2, Teknik terbaru LETOPKAN Biz On9 anda, tanpa perlu citer produk, kita hanya perlu promote link jer, system akan susun network kita secara Auto, PELIK kan? FREE SIGN-UP
Saya sudah pasti tidak melepaskan peluang sebegini dengan membawa anak bersiar-siar. Segalanya PERCUMA! #SaveBjetFS dan kadangkala terdapat cabutan bertuah.
Marvellous Bandar Sri Sendayan telah diadakan pada 12 September 2015 di Elymus Resort Home.
Tarikan utamanya ialah belon udara panas. Malangnya ketika itu negara kita sedang dilanda jerebu. Selain itu, pelbagai aktiviti yang menarik diadakan antaranya ialah, Superheroes Walkabout, 12-D Cinema dan Grand Fireworks. Makanan utama disediakan secara buffet di samping terdapat beberapa buah lori yang mengagihkan kebab, air kopi dan sebagainya.
Elymus Resort Home adalah kediaman dua tingkat dalam taman yang berpagar dan dilengkapi dengan pemantauan kamera litar tertutup (CCTV). Berkeluasan dari 50' x 100' | 4+2 bilik tidur & 6+1 bilik air. Harga bermula dari RM1.2 juta. #rumahmampuselfie.
Maklumat lanjut boleh KLIK SINI.