Apabila pulang ke rumah, langkah pertama yang saya buat adalah mencampakkan segala penambah perasa MSG ke dalam bakul sampah. Walaupun bakinya masih banyak, tetapi saya tekad. Ia bukan makanan tetapi racun sebenarnya.
Kemudian, saya mula memasak #MenuDietFS seperti yang dicadangkan oleh dietitian. Secara radikalnya, saya mampu tidak menjamah nasi selama sebulan.
Dalam tempoh sebulan itu, saya hanya makan ubi kentang rebus, bunga kubis, peria katak, oat, ikan, ayam yang direbus, distim atau dibakar dan buah-buahan.
Tiada lagi minuman bergula. Kecuali ketika sarapan saya membuat coklat panas atau horlick. Selainnya saya minum teh hijau, limau panas tanpa gula dan air suam sahaja.
Bulan berikutnya, apabila berat badan saya turun sebanyak 4kg. Saya mula meringankan diet iaitu dengan makan nasi pada setiap hujung minggu. Namun begitu lauk tetap yang rebus, bakar atau stim. Ini saya lakukan selama sebulan.
Bulan ketiga, saya masih meneruskan rutin makan nasi hujung minggu sahaja. Tetapi lauk-pauk saya sudah mula dengan kari, ayam dan ikan goreng. Saya menetapkan hujung minggu sebagai #cheatmeal. Hari biasa masih tetap tanpa nasi.
Bulan ketiga, saya masih meneruskan rutin makan nasi hujung minggu sahaja. Tetapi lauk-pauk saya sudah mula dengan kari, ayam dan ikan goreng. Saya menetapkan hujung minggu sebagai #cheatmeal. Hari biasa masih tetap tanpa nasi.
Dari segi senaman pula, saya bermula dengan mengharamkan kaki untuk memasuki pintu lift. Pejabat saya mempunyai 4 tingkat. Sejak itu, saya hanya menggunakan tangga apabila berurusan dengan pengguna. Kecuali ketika saya terpaksa membawa bebanan yang berat seperti pencetak, komputer dan sebagainya.
Tepat pukul 5 petang saya mengetip kad perakam waktu dan destinasinya adalah Hillpark S2 Height. Saya gemar joging di sini kerana ia kawasan mendaki. Jadi tidak perlu berlari. Berjalan sahaja sudah berpeluh. Itulah rutinnya sehingga saya menyertai gym pada pertengahan bulan Ogos 2015.
Konsistensi melakukan semua ini, baik pemakanan dan senaman, berat badan saya turun sekitar 2 ke 3kg setiap bulan.
Ia adalah angka yang disarankan oleh dietitian. "Jangan turun terlalu banyak dalam sebulan. Seeloknya 2-3kg sahaja." Nasihatnya.
Maka, dalam tempoh Jan-Mei 2015, saya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 15kg.
Lebih menggembirakan apabila temujanji dengan doktor menunjukkan tekanan darah saya kembali normal.
Tiada lagi mengah ketika menjawab telefon. Malah saya boleh berlari menaiki tangga dari tingkat satu ke tingkat empat.
Sekian perkongsian #MisiFitFS yang ke-2. Tunggu sambungan yang berikutnya bertajuk "Produk Pelangsing Saya."
Sudah lama obesiti? Anda Mengidamkan berat badan yang ideal? Tetapi tidak tahu caranya? Jom ikuti formula saya ini. Semuanya saya kongsikan secara terperinci di sini. Termasuklah pemakanan dan termasuklah resipi menu sihat serta senaman. Nak tahu lebih lanjut, KLIK SINI.
Baca juga:
#MisiFitFS; Bagaimana Ia Bermula?
Sudah lama obesiti? Anda Mengidamkan berat badan yang ideal? Tetapi tidak tahu caranya? Jom ikuti formula saya ini. Semuanya saya kongsikan secara terperinci di sini. Termasuklah pemakanan dan termasuklah resipi menu sihat serta senaman. Nak tahu lebih lanjut, KLIK SINI.
Baca juga:
#MisiFitFS; Bagaimana Ia Bermula?
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi menjengah dan membaca #LakarHidupSendiri. Ia adalah coretan dan lakaran hidup saya. Apa pula kata anda? Anda dialu-alukan untuk memberi sebarang komentar atau ulasan di sini. Terima kasih.