Lebih sedekad yang lalu, saya pernah gagal dalam misi untuk menabung. Saya seorang yang boros dan suka membeli barang mengikut kehendak dan bukan keperluan. Sehinggalah saya menemui formula ajaib ini. Iaitu saya yang asalnya bukan perokok berubah menjadi perokok yang tegar.
Saya mencari teman perokok. Saya interbiu untuk dapat anggaran bajet bulanan yang dia peruntukkan untuk membakar puntung, dicicip dibibir sebelum disedut ke peparunya dan kemudian dihembuskan keluar asapnya yang berkepol-kepol <menyesakkan nafas aku>. #MakeMeCalm katanya.
Bermula 2005, saya mengisytiharkan diri sendiri sebagai penghisap rokok yang tegar. Setiap bulan bajet rokok itu saya 'bakar' dalam simpanan tetap melalui potongan gaji.
Sekarang sudah 2015. Saya masih membutakan tentang duit rokok itu. Cuma ambil dividen setiap tahun yang nilainya sudah lebih dari bonus saya sebagai penjawat awam rendah.
*Itu ikut harga rokok 10 tahun lepas. Bayangkan jika anda bermula dari sekarang dengan harga rokok terkini dan lihat hasilnya 10 tahun akan datang.
Kepada perokok sejak belasan tahun lagi, insafi dan cuba kira berapa puluh atau ratus ribu RM yang telah anda bakar?
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi menjengah dan membaca #LakarHidupSendiri. Ia adalah coretan dan lakaran hidup saya. Apa pula kata anda? Anda dialu-alukan untuk memberi sebarang komentar atau ulasan di sini. Terima kasih.