Sunday, November 1, 2015


Pada bulan Mei 2015 yang lalu saya terlantar selama enam hari di wad hospital.
Suatu hari saya dihulurkan dengan tray makan malam tanpa secawan air. Saya tidak sempat untuk meminta sebab pembantu jururawat itu kelihatan tergesa-gesa berlalu ke bilik pesakit sebelah.
Saya tidak kisah sebenarnya kerana bekalan air mineral saya masih banyak.
Seusai makan, dia datang kembali untuk mengutip tray tersebut dan dengan wajah yang separa terkesima; "Eh...akak tak bagi cawan air ke tadi?" Dengan nada bergurau, saya menjawap; "Haa...yela. Akak lupa ni. Esok denda kena bawa chicken cop sini!"
Keesokannya, saya pula terperanjat beruk. Apabila dihidangkan di hadapan saya set chicken cop black pepper sos siap dengan jus oren bersari. Speechless.
Gambar sekadar hiasan
"Saya gurau je semalam kak...kenapa ambil serius sampai macam ni sekali?" Reaksi terpinga-pinga.
"Eh...takpe. Memang akak kalau orang sakit request...tak sampai hati nak tolak. Takut jadi apa-apa." Jawabnya dengan selamba.
Terima kasih Kak Omarchubby Zura. Janji saya untuk belanja akak pula masih tak tertunai sampai sekarang. Sebab bila saya wad sekali lagi minggu lepas akak pula cuti sakit. 
*Tauke Emas ini. Siapa berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelaburan emas, sila berkawan dengannya di Facebook. KLIK SINI