Thursday, November 26, 2015


Suatu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan pakar mendapati bahawa jangka hayat penghidap obesiti yang mempunyai indeks jisim tubuh (BMI) melebihi 30 berkurang antara dua hingga empat tahun. Manakala, bagi yang memiliki BMI melebihi 40 berkurang antara lapan hingga 10 tahun.

Perkara itu disahkan oleh pakar pemakanan Profesor Dr Mike Lean dari Universiti Glasgow, United Kingdom dan turut diakui Kementeria Kesihatan Malaysia (KKM).

Kenyataan ini saya petik dari keratan sebuah akhbar. 

Memang benar, persoalan ajal dan maut itu ketentuan Tuhan. Kita hanya mengetahui tarikh lahir manakala tarikh kematian masih menjadi misteri dan rahsia.

Sungguhpun begitu, kita mestilah mengambil berat persoalan kesihatan jasmani. Seperti rohani, jasmani juga perlu dilayan dengan baik. Penuhi dan imbangilah hak kedua-duanya dengan adil. Semoga kita semua dapat menjalani kedupana dalam keadaan yangkekal sihat sepanjang hayat.

Artikel tersebut turut mendedahkan bahawa, 5.3 juta penduduk negara ini mengalami obesiti. Menurut Pengarah Bahagian Pemakanan KKM, Rokiah Don, obesiti di negara ini meningkat setiap tahun, namun bukan mendadak dan berpunca daripada pelbagai faktor termasuk gaya hidup tidak aktif serta amalan pemakanan tidak sihat.


Penghidap obesiti lebih berisiko mendapat penyakit tidak berjangkit seperti darah tinggi, kencing manis dan kolestrol tinggi.

"Statistik terkini menunjukkan 17.7 peratus individu berusia 18 tahun ke atas di Malaysia menghidap obesiti berbanding pada tahun 2011 (15.2 peratus. Penghidap darah tinggi pula 32.7 peratus, kolestrol tinggi (35.1 peratus) dan berat berlebihan (28.9 peratus)." Jelasnya.

Lebih mengejutkan apabila beliau menambah; "Ketika ini Malaysia di kedudukan nombor satu di Asia Tenggara dan keenam di Asia dari segi jumlah penduduk yang menghidap obesiti."


0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi menjengah dan membaca #LakarHidupSendiri. Ia adalah coretan dan lakaran hidup saya. Apa pula kata anda? Anda dialu-alukan untuk memberi sebarang komentar atau ulasan di sini. Terima kasih.