Bukanlah sesuatu yang sukar untuk menurunkan berat badan. Tetapi yang sukarnya adalah untuk mengekalkan berat badan ideal. Perkara ini diakui ramai orang. Ramai yang berjaya menguruskan badan tetapi tidak ramai yang berjaya mengekalkannya.
Saya juga tidak terlepas dari masalah ini. Pada tahun 2013, saya pernah berjaya menurunkan berat badan sehingga tahap sekarang ini. Tetapi ia hanya mampu bertahan selama tiga bulan sahaja. Pada bulan ke-4 dan seterusnya, berat saya bertambah dua kilo setiap bulan. Akhirnya saya kembali obesiti.
Dalam tulisan terdahulu, saya ada bercerita mengenai produk pelangsing saya. Maka, produk yang percuma itu mesti digunapakai senantiasa sampai bila-bila. Jika anda meninggalkannya, percayalahlah misi untuk kekal kurus sepanjang masa anda akan lebur.
Disiplin perlu ada dalam pemakanan dan senaman kita. Anda bebas untuk mencipta formula atau bereksperimen mengenai makanan dan senaman sendiri. Ini kerana setiap manusia mempunyai bentuk dan jenis fizikal yang berbeza.
Maka, anda tidak boleh meniru 100% formula orang lain. Sebaliknya, perlu kreatif mencipta atau mengubahsuai formula sendiri. Jika didapati ia berkesan untuk badan anda, maka ikutilah formula tersebut dan patuhinya.
Maka, anda tidak boleh meniru 100% formula orang lain. Sebaliknya, perlu kreatif mencipta atau mengubahsuai formula sendiri. Jika didapati ia berkesan untuk badan anda, maka ikutilah formula tersebut dan patuhinya.
Awas, jauhi kebergantungan anda kepada produk pelangsing yang berada di pasaran. Selain dari membazirkan wang, ianya juga membuatkan kita terpaksa bergantung kepadanya secara mutlak. Jika tidak menggunakannya dalam tempoh tertentu, berat badan anda akan naik mendadak, malah berlipatkali ganda pula. Oh tidaaak!
Bagi mengekalkan berat badan unggul, pemakanan haruslah dijaga dengan rapi. Kita mestilah makan secara seimbang mengikut piramid makanan yang disyorkan oleh pakar nutrisi. Ia sangat penting untuk mengekalkan kesihatan sepanjang hayat.
Mesti sedar berapa keperluan kalori harian kita. Ambil berapa banyak dan bakar berapa banyak? Jika anda ambil 3000 kcl sehari, tetapi yang digunakan hanya 1500 kcl sahaja, maka lebihan kalori tersebut akan berkumpul menjadi lemak.
Mesti sedar berapa keperluan kalori harian kita. Ambil berapa banyak dan bakar berapa banyak? Jika anda ambil 3000 kcl sehari, tetapi yang digunakan hanya 1500 kcl sahaja, maka lebihan kalori tersebut akan berkumpul menjadi lemak.
Usah terlalu melayan kehendak nafsu lidah dan tekak. Tetapi perlu juga didengari rintihan perut dan usus yang sengsara angkara makan berlebihan.
Bersenamlah secara konsisten. Jika anda bukan kaki bersukan, bersenamlah pada kadar kemampuan anda. Jika pejabat anda banyak tingkat dan ada lift, abaikan lift itu. Gunakanlah tangga setiap masa. Permulaannya, memanglah kita akan merasa mengah dan lelah. Tetapi percayalah ia membantu anda untuk fit. Saya telah mencubanya dan ia ternyata berhasil.
Marilah sama-sama kita berdoa agar diberikan kekuatan untuk terus kekal fit sepanjang hayat. Amiin.
Baca juga:
#MisiFitFS; Bagaimana Ia Bermula?
Langkah Pertama #MisiFitFS
Produk Pelangsing Saya
Turning Point Untuk Kurus
Zalim Terhadap Jasmani
Marilah sama-sama kita berdoa agar diberikan kekuatan untuk terus kekal fit sepanjang hayat. Amiin.
Baca juga:
#MisiFitFS; Bagaimana Ia Bermula?
Langkah Pertama #MisiFitFS
Produk Pelangsing Saya
Turning Point Untuk Kurus
Zalim Terhadap Jasmani
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi menjengah dan membaca #LakarHidupSendiri. Ia adalah coretan dan lakaran hidup saya. Apa pula kata anda? Anda dialu-alukan untuk memberi sebarang komentar atau ulasan di sini. Terima kasih.