Tuesday, November 24, 2015


Sejak sekian lama hasrat untuk kembali kurus seperti zaman remaja telah wujud. Pelbagai produk pelangsing telah dicuba. Namun, selera makan tetap membuak-buak dan bersenam pun malas. Demi kelangsungan #SaveBjetFS, saya memang amat jarang makan di kedai. Sebaliknya lebih gemar masak sendiri.

Biasalah apabila masak sendiri. Nasi dan lauk mesti lebih. Nafsu makan membuak-buak. Sedangkan, nasi dan lauk masih berbaki. Maka, tambahlah dua ke tiga kali. Apa adahal. Janji nafsu tekak dan lidah lepas. Namun, perut dan organ pencernaan menyumpah-nyumpah akibat derita yang ditanggung.

Seperti biasa, resmi orang kita. Sudah terhantuk baru nak mengadah. Setelah sah menghidap penyakit itu, maka saya memulakan #MisiFitFS. Insiden inilah pencetus utama atau turning point untuk kurus saya.

Sememangnya, kita perlu suatu sebab yang kukuh untuk berubah. Jika tidak, perubahan akan berlaku secara lewa. Bagi saya, sakit itu adalah sebab utama untuk kurus. Sejak itu, saya mula ambil peduli tentang apa yang saya makan. Mula berkira perihal kalori yang masuk dan yang digunakan.


Justeru itu, saya bersyukur kepada Tuhan kerana memberi isyarat yang jelas untuk perubahan yang nekad. Jika tidak, saya mungkin akan berterusan tidak peduli akan soal ini.

Jika di rumah anda tiada alat penimbang, maka beberapa situasi berikut perlu anda perhatikan sebagai tanda aras yang berat anda sudah terlebih. Iaitu apabila anda menaiki tangga, anda berasa letih, semput dan nafas tercungap-cungap.

Kedua, anda kuat berpeluh. Apabila melakukan kerja-kerja yang rutin dan tidak berat, anda berpeluh dengan banyak. Ini menunjukkan badan anda mengandungi lemak yang berlebihan.

Seterusnya, apabila anda duduk hendak ikat tali kasut, anda sukar untuk melihat kasut anda. Ini bermakna perut anda sudah membesar dengan ketara.

Dan ke-4, apabila anda sukar untuk duduk tasyahud akhir ketika solat.

Empat perkara ini apabila berlaku, maka ketahuilah bahawa anda sebenarnya sudah overweight atau obesiti! Maka, pergilah cari alat penimbang dan mulakan langkah pertama anda untuk kurus. Jangan jadi seperti saya.
BMI saya ketika berat 95kg

BMI saya sekarang
Baca juga:
#MisiFitFS; Bagaimana Ia Bermula?
Langkah Pertama #MisiFitFS
Produk Pelangsing Saya
Zalim Terhadap Jasmani


0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi menjengah dan membaca #LakarHidupSendiri. Ia adalah coretan dan lakaran hidup saya. Apa pula kata anda? Anda dialu-alukan untuk memberi sebarang komentar atau ulasan di sini. Terima kasih.