Setelah prosedur aengiogram dilaksanakan, doktor menunjukkan di paparan skrin ipadnya keadaan saraf di belakang mata saya yang kerinting, sedikit terpintal dan membengkak.
Doktor seterusnya menerangkan kaedah rawatan yang sesuai. Prosedur tersebut dinamakan sebagai embolizer. Sama seperti aengiogram, tiub halus akan dimasukkan dari pangkal paha sehingga ke kawasan saraf yang telah dikenalpasti.
Bezanya, sewaktu aengiogram pesakit dalam keadaan sedar. Tetapi embolizer, pesakit ditidurkan sepenuhnya. Inilah pengalaman pertama saya dibius.
"Apakah ada sebarang risiko atau komplikasi yang mungkin berlaku?" Soal saya.
"Semua jenis prosedur pembedahan sama ada minor atau major mempunyai risiko yang tersendiri. Bagi kes kamu, risikonya adalah terlalu kecil iaitu cuma 1% boleh mendapat strok. Sebab ia melibatkan saraf yang menghubungkan otak dan mata."
Saya terkedu mendengar. Kemudian beliau menambah, "Tetapi risikonya terlalu kecil dan amat jarang berlaku. Maka Encik Fauzi dan Encik Mokhtar tak perlu risau."
<Encik Mokhtar adalah kenalan saya ketika daftar masuk wad yang kebetulan menghidap sakit yang sama, bezanya dia mungkin lebih kronik kerana terpaksa menutup sebelah mata akibat pandangannya selalu menjadi double vision>
"Jika saya memilih untuk tak buat?" Soal Mokhtar spontan.
Dengan nada tegas doktor menjawab, "Mata kamu boleh buta!"
"saya tak mahu jumpe org buat bisnes dan tak mahu pos simkad dan tak mahu sembang kencang berjam2 kat orang tapi last2 result hampeh!" Adakah situasi ini berlegar dlm fikiran anda? kini evolusi viral dunia AutoDownLine diperkenalkan buat semua rakyat malaysia sign up free
Selepas selesai pembedahan, saya diusung dalam keadaan separa sedar ke wad ICU. Rasa syok sangat peparu saya apabila menggunakan alat bantuan pernafasan. Segar rasanya.
24 jam di ICU memanglah mengharukan. Melihat pesakit di katil sebelah yang koma akibat kemalangan dan kepalanya terbelah.
Lebih mendukacitakan, apabila menerima berita bahawa Abang Mokhtar mengalami komplikasi serius. Tidak sedarkan diri selama tiga hari di ICU. Dan setelah sedar, tangan dan kaki kirinya tidak berfungsi.
Saya sempat melawatnya ketika di ICU dan ketika dia menjalani fisioterapi di hospital rehabilitasi.
Menurut anak sulungnya, doktor menerangkan bahawa sewaktu prosedur embolizer dijalankan, berlaku kebocoran pada saraf mata ayahnya mengakibatkan glue embo tersebut tersebar ke kawasan serebium otak sebelah kanannya.
Mendengar itu, saya berasa sangat simpati. Kerana sebelum itu sayalah yang menyakinkan dia supaya meneruskan pembedahan. Sedangkan ketika itu, dia meluahkan rasa tidak senang hatinya.
Lebih menyayat hati apabila sebelum saya berangkat pulang dan berjabat tangan dengannya, dia sempat merungut kesal; "Baik aku buta sebelah mata daripada jadi macam ni. Ibarat separuh dunia aku tak boleh tengok. Nak jalan pun kena ada orang pimpin."
Saya menahan sebak. Tetapi air mata tetap berombak di kelopak.
Apalagi yang mampu dibantu melainkan memberi kata perangsang bahawa fisio tersebut akan berjaya.
Semoga Abang Mokhtar reda dan tabah menghadapi ujian ini. Ya...ungkapan kliser yang mudah diucap kerana kita tidak berada di tempatnya.
Semoga Allah merahmati dan memberkatinya.
Ceritera FS Berkaitan:
Zalim Terhadap Jasmani
Minda Positif vs Minda Negatif
Ceritera FS Berkaitan:
Zalim Terhadap Jasmani
Minda Positif vs Minda Negatif
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi menjengah dan membaca #LakarHidupSendiri. Ia adalah coretan dan lakaran hidup saya. Apa pula kata anda? Anda dialu-alukan untuk memberi sebarang komentar atau ulasan di sini. Terima kasih.