"Seekor burung unta dewasa berupaya memikul bebanan sehingga 200kg. Walaupun begitu, bukan sebarangan orang yang boleh mengendalikan burung unta ini. Sepuluh daripada sepuluh orang terjatuh dan cedera ketika cuba menunggangnya." Jelas Syed Azlan Syed Abdullah.
Sewaktu saya dan Danish Fikri melawat kawasan ladang, beliau tidak lokek untuk berkongsi segala perihal burung yang berasal dari tanah gurun ini.
Beliau sudah 13 tahun bertugas sebagai pengurus ladang burung unta yang pertama di negara ini.
Sewaktu saya dan Danish Fikri melawat kawasan ladang, beliau tidak lokek untuk berkongsi segala perihal burung yang berasal dari tanah gurun ini.
Menurutnya, 80% rakyat Malaysia takut kepada burung unta. Walaupun secara fizikalnya, ia spesis burung yang terbesar tetapi mereka sebenarnya haiwan yang mudah jinak.
Cerita burung unta akan mengorek tanah dan menyembunyikan kepalanya dalam tanah apabila dikejar musuh adalah auta dan bersifat mitos. Hakikatnya burung ini tidak berupaya mengorek tanah pun.
Burung unta adalah haiwan pendendam. Jika habitatnya atau keadaannya diganggu, maka ia akan mengejar mangsanya sehingga dapat.
"Hanya dua pilihan yang ada. Satu, kamu pasrah untuk merasai sepakannya atau menanti untuk dipijak. Sepakkan burung unta adalah bersamaan 70psi." Ujar Syed Azlan bersungguh.
Walaupun begitu, otak burung unta adalah lebih kecil beberapa cm daripada saiz biji matanya.
Burung unta sensitif terhadap bunyi. Sebab itu, apabila tiba musim hujan yang disertai dengan kilat dan guruh, banyak burung untanya terutama yang masih kecil mati.
Daging burung unta masih dikategorikan sebagai eksotik. Harganya masih terlalu mahal untuk diimport. Bayangkan, kos pelihara seekor anak burung unta mencecah sehingga RM3 ribu.
Jangka hayat burung berjari tiga dan hanya satu jari sahaja berkuku ini adalah sekitar 70 tahun. Seekor burung unta betina boleh bertelur sekitar 20-30 biji setahun.
Telurnya pula dikatakan lebih sihat untuk dimakan kerana bebas kolestrol berbanding telur ayam. Kaya dengan protein dan omega 369.
Jelita Ostrich Farm dibuka setiap hari dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang. Pengunjung dikenakan bayaran masuk sebanyak RM9 bagi dewasa dan RM7 bagi kanak-kanak. Sijil turut diberikan apabila anda berjaya menunggangnya dengan penuh gaya!
Terletak di Lot 1504, Batu 6, Mukim Pantai, Jln Jelebu 71770 Seremban, Negeri Sembilan. Sebarang pertanyaan boleh dail 06-767 0707 atau like Facebooknya.
GPS: N 2° 45' 57.366" E 101° 59' 59.341"
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi menjengah dan membaca #LakarHidupSendiri. Ia adalah coretan dan lakaran hidup saya. Apa pula kata anda? Anda dialu-alukan untuk memberi sebarang komentar atau ulasan di sini. Terima kasih.