Sempatlah saya menyembang dengan orang-orang lama di sana. Mereka terdiri daripada pemandu para pak menteri dan termasuklah salah seorangnya adalah bekas pembantu peribadi kepada mantan perdana menteri yang paling lama memerintah. Usianya sudah menjangkau separuh abad dan akan pencen beberapa tahun sahaja lagi.
Banyak perkara yang dibualkan oleh mereka, termasuklah perihal perbandingan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi (perdana menteri ketika itu). Saya cukup teruja mendengarnya. Ada perbezaan ketara antara dua tokoh negarawan ini. Ia termasuklah mengenai ketegasan, ketepatan waktu dan kemesraan dengan kakitangan bawahan.
Suatu perkara yang menarik untuk dikongsikan adalah berkenaan 'eye-contact'. Mereka membandingkan tatkala berjabat tangan bersama dua orang tokoh ini.
"Pak Lah boleh sahaja bersalaman dengan kita, tetapi wajahnya berpaling ke arah orang lain dan bersembang dengan orang itu. Berbeza dangan Tun dulu. Kalau tangannya menyentuh tangan kita, bukan muka sahaja yang menghadap dengan kita tetapi biji matanya pun tajam merenung mata kita!" Ujarnya dengan penuh semangat sambil dipersetujui oleh rakan-rakan yang lain.
"saya tak mahu jumpe org buat bisnes dan tak mahu pos simkad dan tak mahu sembang kencang berjam2 kat orang tapi last2 result hampeh!" Adakah situasi ini berlegar dlm fikiran anda? kini evolusi viral dunia AutoDownLine diperkenalkan buat semua rakyat malaysia sign up free
Lantas saya terimbau kenangan lalu apabila melihat kelibat Mahathir semasa perasmian penutup Le Tour De Langkawi di Dataran Merdeka. Tahunnya saya tidak ingat. Tetapi ketika itu saya baru sahaja menjejakkan kaki ke kota metropolitan tersebut. Budak kampung yang 'jakun' dengan suasana bandar. Apatah lagi apabila dapat melihat perdana menteri dengan mata kepala sendiri.
Lantas saya terimbau kenangan lalu apabila melihat kelibat Mahathir semasa perasmian penutup Le Tour De Langkawi di Dataran Merdeka. Tahunnya saya tidak ingat. Tetapi ketika itu saya baru sahaja menjejakkan kaki ke kota metropolitan tersebut. Budak kampung yang 'jakun' dengan suasana bandar. Apatah lagi apabila dapat melihat perdana menteri dengan mata kepala sendiri.
Selesai majlis tersebut dan ketika beliau melangkah kaki menuju ke keretanya, orang ramai mula berkerumun untuk bersalaman dengan beliau. Saya masih ingat begitu tajamnya pandangan beliau tepat ke arah mata saya tatkala telapak tangan kami bersentuhan.
Maka, saya terus mengangguk tanda setuju dengan apa yang dibualkan oleh mereka tadi.
Selang beberapa bulan selepas perbualan itu, saya menemui kelibat Mahathir yang sedang dikerumuni oleh pak arab ketika beliau melangkah keluar dari masjid. Saya cuba mengekorinya dan melihat pak arab berebut-rebut mahu bersalaman dengan beliau sambil bertanya khabar dan memuji-muji beliau.
Saya maklum ketika itu beliau baru sahaja bersara dan ucapannya ketika Persidangan OIC beberapa bulan sebelum itu masih segar dalam ingatan mereka. Bagi mereka Mahathir adalah ikon paling bernilai bagi dunia Islam kerana lantang mengkritik Israel secara terbuka sehingga dilabel sebagai anti-semitik di kalangan negara barat.
Saya turut cuba mencelah dan dalam keadaannya yang tanpa pengawal peribadi serta tengah kalut dikerumuni oleh pak arab, saya dapat bersalaman dengan beliau. Ajaibnya, matanya sempat juga dengan tajam merenung mata saya. Walaupun ketika itu, pelbagai asakan soalan dan pujian dilontarkan oleh para pak arab yang mengekorinya dari setiap penjuru.
Beliau tidak menjawab pun soalan-soalan tersebut tetapi hanya menguntum senyum dan sesekali terbit dimulutnya; "alhamdulillah."
Saya terus memerhatikan sehingga beliau memakai kasut. Memang benar, dengan siapa tangannya bersentuhan, wajahnya dihalakan ke arah pemilik tangan itu. Bahkan matanya juga ditumpukan dengan fokus yang tajam pada mata orang yang berjabat tangan dengannya.
Kemudian selang beberapa tahun, ketika iktikaf jumaat, saya terkejut apabila beliau tiba dan solat tahiyatul masjid selang dua orang di sebelah kiri saya. Waktu ini beliau baru sahaja sembuh selepas pembedahan jantung kali kedua. Selesai solat, lantas saya mengesot dan merapatinya untuk bersalaman. Ternyata sambil mengukir senyuman, matanya masih tajam merenung mata saya ketika tangannya dan tangan saya berjabatan.
Hal seperti ini memanglah amat sukar untuk ditemukan pada dua orang pengganti selepasnya. Secara kebetulannya, saya pernah juga bersalaman dengan Abdullah sebanyak dua kali dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sekali. Bukan sahaja tiada eye-contact, malah wajah mereka berpaling ke arah lain sambil berborak atau melawak dengan para menteri dan pengawai yang mengiringi mereka.
Ia nampak semacam hal kecil tetapi mempunyai impak yang besar bagi seorang tokoh awam. Bukan sahaja ahli politik yang perlu undi daripada rakyat jelata, malah selebriti yang mahu diminati dan daie yang bicaranya hendak didengari juga perlu mengambil perhatian dalam soal ini.
Tetapi bagi marhain seperti saya, hal sedemikian tidaklah perlu dirungsingkan kerana tiada siapa pun yang sudi berjabat tangan. Hihihi.
Baca juga:
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi menjengah dan membaca #LakarHidupSendiri. Ia adalah coretan dan lakaran hidup saya. Apa pula kata anda? Anda dialu-alukan untuk memberi sebarang komentar atau ulasan di sini. Terima kasih.