Apabila kita tampil dalam keadaan yang berbeza dan kurus, ramailah yang bertanya; "Guna produk apa? Shak***, Herba**** atau apa. Kongsilah sikit?"
Tetapi sebelum itu, ada soalan yang muncul dahulu; "Eh, Fauzi kenapa kau nampak susut ni? Kau sakit ke?"
Ya, begitulah apabila orang yang dahulu biasa melihat fizikal kita yang chubby tetapi bila terserempak kita dalam keadaan yang kurus, pastilah mereka menyangka kita sakit.
Diabetis umpamanya, berupaya mengubah saiz tubuh kita.
Lebih melucukan apabila seorang cleaner di pejabat bertanya dan meluahkan pandangannya; "Mana pi perut kau Fauzi? Tak cantiklah takde perut dah. Akak suka kau yang dulu perut boroi." #patutlalakidiaboroi. #tastedia. Haha.
***
Bercakap mengenai produk pelangsing, sebelum #MisiFitFS (2012) saya pernah merasa menggunakan suatu produk yang 'shake-shake' pelbagai perisa. Ada vanilla, coklat dan mocha. Juga disertai dengan teh istimewa.

Saya tidak menafikan ia berkesan. Tetapi saya hanya mampu membelinya sekali sahaja. Kosnya tidak menepati #SaveBjetFS dan di luar kemampuan marhain. Jika saya meneruskan produk tersebut, ini bermakna saya tiada lagi bajet untuk membeli makanan lain. Hadap itu sahajalah.
Apapun jenis dan jenama produk pelangsing yang ada di pasaran, ia tidak akan berkesan jika tidak disertai dengan 'produk' yang utama dan ianya percuma tanpa kos.
Apapun jenis dan jenama produk pelangsing yang ada di pasaran, ia tidak akan berkesan jika tidak disertai dengan 'produk' yang utama dan ianya percuma tanpa kos.
Apakah itu? Ia adalah DISIPLIN! Ya, saya berani mengatakan ini kerana saya telah melaluinya. Disiplin adalah produk pelangsing nombor wahid bagi mereka yang mahu memiliki berat badan yang unggul seperti zaman remaja dahulu.
Tanpanya, anda bolehlah membazirkan sekian banyak wang untuk mencuba pelbagai produk yang tengah hot atau viral di alam siber ini, tetapi hasilnya pasti mendukacitakan atau bersifat sementara.
Testimoni saya sendiri dan seorang rakan yang menggunakan produk ini menunjukkan hasil yang sama. Iaitu, berat badannya sememangnya susut sehingga 10kg dalam tempoh dua bulan. Tetapi oleh kerana kosnya mahal, dia berhenti setakat itu.
Ironinya, pada bulan berikutnya beratnya naik mendadak bahkan melepasi paras berat asal sebelum menggunakan produk tersebut.
"Bila aku stop, selera makan jadi membuak-buak." Keluhnya.
Maka, di sini ingin saya tegaskan bahawa, 'produk' pelangsing utama saya adalah disiplin. Ianya percuma dan ada pada setiap individu. Terpulang kepada anda bagaimana ingin memperkasakannya.
Wassalam. #MisiFitFS.
Baca juga:
#MisiFitFS; Bagaimana ia bermula
Langkah Pertama #MisiFitFS
Zalim Terhadap Jasmani
Baca juga:
#MisiFitFS; Bagaimana ia bermula
Langkah Pertama #MisiFitFS
Zalim Terhadap Jasmani
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi menjengah dan membaca #LakarHidupSendiri. Ia adalah coretan dan lakaran hidup saya. Apa pula kata anda? Anda dialu-alukan untuk memberi sebarang komentar atau ulasan di sini. Terima kasih.